Jangan Guna Nama Sebenar Dan Suka Muatnaik Gambar Di Media Sosial Bagi Mengelak Diri Dari Perbuatan Khi4nat

Kenapa tidak digalakkan guna nama sebenar di Facebook, terutamanya bagi orang perempuan?

Bukan mahu bercerita tentang perkara t4hyul apatah lagi mahu menakut-nakutkan. Tetapi hanya orang yang pernah mengalaminya sendiri akan betul-betul faham dan peka tentang perkara ini.

Ilmu-ilmu hitam yangn melibatkan peranan jin, syaitan dan iblis ini bukanlah mitos. Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri pun ada diceritakan tentang makhluk-makhluk ini. Kejahatan manusia pula bukan lagi rahsia, kalau tidak, pastinya tiada penjara di dalam dunia ini.

Salah satu cara orang-orang jahat, hasad, dan tidak beriman mahu melunaskan hajat dan kehendak hati jahatnya dengan melalukan sihir yang bertujuan untuk mendapatkan kasih atau membuat binasa kepada seseorang adalah semudah memberi gambar atau nama.

Jadi siapa di sini yang tidak upload langsung gambarnya di Facebook? Siap letak nama penuh diri, mak, ayah, suami dan anak lagi.

Tetapi, nama penuh seseorang ber-bin atau ber-binti kepada nama emak ini paling kuat dan mustajab. Jadi adalah selamat sekiranya tidak menjaja nama penuh anak atau suami atau diri sendiri di Facebook. Kita tidak tahu siapa sahabat, siapa kawan makan kawan, siapa lawan.

Mungkin hari ini anak kita masih bayi. Tapi masa berlalu terlalu pantas. Anak akan menjadi dara dan teruna. Keturunan peny!hir turut menurunkan ilmunya seawal usia kepada anak2 mereka pula.

Tambahan pula kalau anak kita berupa dan cerdik sikit dari mereka2 ini. Orang yg berhajat, tidak sukar untuk mereka stalk dan mencari gambar di Facebook dan tandakan nama yang berkaitan bersama nama ibunya.

Maka, minta simpang daripada berlaku kepada diri kita atau anak-anak kita kelak. Tetapi, hati orang siapa yang dapat dikawal? Suka, cemburu dan marah boleh membuat orang lupakan halal haram. Asalkan hajat hati tertunas.

Akan ada puak yang tidak mahu percaya. Betul, kuasa Allah SWT yang maha agung, maha penyembuh dan maha pelindung. Tetapi kita harus juga tahu jaga diri dan usaha melindungi diri kita dan keluarga dari fitnah dunia.

Seperti yang dikata pada awalnya, hanya yang pernah mengalami sendiri akan memahami. Selagi boleh elak, elaklah. Kerana untuk merawat setelah terkena, boleh jadi makan tahun. Kerana pihak disana juga tidak akan menyerah dan akan kembali “membalas” pula.

Itu belum lagi kes ditipu pengamal perubatan yg hanya mahu mengikis duit, sebelum bertemu dengan insan yang benar-benar dapat merawat sakit batin seperti ini.

Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat membantu sedikit sebanyak. Ingat, tak semua butiran perlu dijaja kepada umum. Nama kita, kita pelihara. Kawan-kawan pun jangan pula sengaja mahu jaja nama orang lain yang tidak dipaparkan.

Hanya guna sahaja nama yang disukai oleh tuan punya akaun. Guna nama Facebook yang ditunjukkan adalah lebih menghormati kehendak privasi seseorang.

Jangan tunjuk sangat busuk hati atau karektor bakal ‘kawan makan kawan’ kita tak tahu apa yang terjadi pada orang lain. Jadi jangan menjadikan diri kita punca kepada masalah yang dia bakal hadapi.

Jangan sengaja upload butiran kad kawan, borang masuk insurans yang mengandungi nama penuh dan segala butiran peribadi dan macam-macam maklumat lagi.

Kisah benar disihir guna gambar dalam FB

Di5ihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan s!hir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah dis!hir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

“Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihr saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

“Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

“Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui dishir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena si#ir tetapi dis4ntau oleh Maria,” ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayyat di dalam makanannya.

Sumber dari Kosmo