“Kau Kerja Sampai Malam Pun, Orang Bukan Nak Hargai. Tapi Sekali Kau Buat Silap, Habis…”

Bila bercakap soal kerja, memang tak akan pernah habis. Hari-hari kerja pasti bertambah dan tak akan sekalipun berkurang.

Bagaimanapun, segalanya akan menjadi mudah sekiranya kita pandai dan tahu cara untuk menguruskannya. Tak semestinya anda perlu stay di ofis sehingga lewat malam untuk menyelesaikan segala urusan kerja. Ingat, anda punya keluarga dan kehidupan sosial yang perlu anda luangkan masa bersama juga.

Jadi, jom baca perkongsian lelaki ini yang mungkin sedikit demi sedikit membuka mata anda tentang kerja. Sangat bermanfaat!

“ORANG TAKKAN HARGAI KERJA KAU”

Duk sembang dengan member pasal kerja. Dia kata,

“Memang susah nak dapat kerja sekarang. Bila dapat kerja makan gaji, tak kiralah dengan swasta atau gomen, hadap sajalah segala yang depa tetapkan. Dalam sektor pekerjaan, kau jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau.

Contohnya, kau buat kerja sampai malam sekalipun, peluh keringat sebaldi dah, kau jangan expect kau akan dapat penghargaan tinggi dari orang sekeliling. Rakan-rakan kerja kau cuma jadi saksi kau buat kerja rajin. Tapi, mereka tidak akan backup kau atau sampaikan kerajinan kau pada bos, CEO, pentadbiran dan pihak yang bagi kau gaji.

Jangan pernah bergantung pada mana-mana kawan kerja untuk jadi bahan bukti, saksi segala kerja yang kau buat untuk tempat kerja kau. Mereka tidak akan masuk campur urusan kau. Mereka juga nak jaga periuk nasi sendiri.

Tapi, kalau kau buat silap atau tak hadir kerja sekali dua atau beberapa kali, tak kiralah apa jua sebabnya termasuk sakit, orang akan cepat pandang serong kau. Kau takkan lagi tergolong dalam pekerja yang baik walaupun kau memang pekerja yang rajin.

Mungkin di sesetengah company yang bagus, swasta misalnya, bila kau rajin, menonjol dan memang penglibatan kau dalam apa-apa projek tu memberangsangkan serta memberikan pulangan yang baik pada syarikat, kau akan dapat promotion. Mungkin. Ada la juga penghargaan.

Tapi, kalau kau berada di sektor kerajaan, susah beb. Rajin macam mana pun, gaji kau tetap sama. Kuat berusaha pun, belum tentu kau dapat anugerah pekerja cemerlang. Sebabnya, campur tangan politik, birokrasi dalaman, kabel-kabel, serta benda yang paling biasa sekali dalam line pekerjaan tak kira di mana-mana tempat di negara kita ni adalah, mulut busuk orang. Rajin pun orang mengata, disampaikan benda-benda tak elok tentang kita pada pihak pengurusan atasan.

Last sekali apa dapat, kau yang tak ada kenalan dato datin yang berhormat itu ini, kau tetap di bawah. Hirarki pekerjaan di tampuk sama.”

Aku angguk sajalah. Betul juga apa yang dia kata.

“Habis tu, elok kerja kat mana?” soal aku.

“Kerja mana-mana pun kau kena sabarlah. Ini kunci utama. Berlambak orang muda yang masuk kerja, dapat tekanan sikit, terus nak berhenti kerja. Tak sabar. Yang kena duga sikit masa kerja, terus naik marah bila dikritik dan ditegur cara prestasi kerja.

Melenting tidak akan buat imej kau lebih baik. Malah, lebih buruk. Orang pun tak suka simpan kau lama-lama kalau bikin banyak masalah dengan pentadbiran.

Kerja sendiri berniaga pun kena sabar. Tak sabar, kejap tutuplah bisnes. Bisnes kena pandai promoting dan lebarkan networking. Kena pandai rolling modal bukan dapat untung terus bermewah beli kereta baru menunjuk-nunjuk. Lingkuplah niaga.

TIPS DARI AKU:

Kerja tu pergi balik on-timelah. Sebab kerja sampai lebih masa pun, tak guna juga. Kerja takkan habis sampai bila-bila.

Dua, hubungan dengan Tuhan tu wajiblah jaga. Utamanya solat fardhu lima tu jangan tinggal. Solat tahajjud dan duha tu buatlah selalu biar jadi amalan harian.

Ketiga, sabar dan senyum selalu. Jangan banyak cakap benda tak penting di tempat kerja. Jangan cakap pasal pentadbiran bagai. Buat kerja kita je. Sebab, kalau nak bertekak hal ni, baik kau masuk politik ubah sistem terus.

Keempat, doa selalu biar Allah lindungi dan limpahi rezeki. Kerja dengan orang, bila-bila boleh kena buang. Kerja sendiri, bulat-bulat bergantung tuah rezeki setelah usaha.

Kelima, jangan cakap pasal orang lain. Rajinkan diri improve diri sendiri. Playsafe selalu.”

Mengikut statistik juga, kebanyakan pekerja hebat berhenti kerja bukanlah kerana tidak suka dengan kerja yang dilakukan. Sebaliknya, mereka berhenti kerana perangai bos mereka. Berikut adalah beberapa ciri seorang bos yang tidak layak menjadi bos.

1. Membebankan Pekerja Secara Berlebihan

Pekerja yang hebat adalah mereka yang berdedikasi terhadap kerja. Mereka sangat efisien dalam membuat kerja dan seboleh-bolehnya mahu menyiapkan kerja sepantas yang mungkin.

Walaupun begitu, ada bos yang cuba mengambil kesempatan dengan memberi kerja tambahan secara keterlaluan dengan beranggapan pekerja mereka mampu menghabiskannya.

Mengikut kajian oleh Stanford University, produktiviti seseorang pekerja akan berkurangan setelah 50 jam waktu bekerja dalam seminggu. Dengan jumlah gaji yang sama tetapi kerja yang semakin bertambah, ia akan menyebabkan pekerja merasa sangat terbeban.

2. Tidak Menghargai Pekerja

Seorang bos yang bagus adalah mereka yang menghargai pekerja. Ada sesetengah bos yang tidak pernah menghargai pekerja walaupun mereka baru sahaja menghabiskan sesebuah projek atau kerja yang sukar.

Cara untuk menghargai pekerja ini pula terpulang kepada bos tersebut sama ada ingin memberi bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya.

3. Mengambil Pekerja Lain Yang Tidak Kompeten

Seorang pekerja yang bagus semestinya mahukan pekerja lain yang boleh bekerja sebagai satu pasukan dengannya. Ma1angnya, terdapat bos yang tidak pandai mengambil pekerja baru.

Mereka mengambil pekerja yang kurang berkelayakan dan menyukarkan pekerja lain untuk menyelesaikan tugas mereka. Hal ini tentulah akan membebankan pekerja sedia ada dan mendorong mereka untuk meninggalkan syarikat.

4. Tidak Menggalakkan Pekerja Mencapai Matlamat Kerja

Seseorang yang dedikasi dengan pekerjaan mereka selalunya mempunyai matlamat kerja. Sebagai contoh, mereka mungkin ingin belajar sesuatu skil atau mendapatkan sesuatu sijil kompetensi. Bos yang tidak memberi sokongan kepada pekerja untuk mencapai cita-cita mereka semestinya akan menyebabkan mereka mengangkat kaki ke syarikat lain untuk mengejar cita-cita mereka.

5. Tidak Memberi Cabaran Intelektual Kepada Pekerja

Seorang pekerja yang hebat suka sekiranya diberikan kerja yang mencabar minda dan tahap intelektual mereka. Ia merupakan suatu kepuasan setelah menyelesaikan suatu tugasan sukar yang diberikan.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah bos yang memberi kerja yang rutin kepada seseorang pekerja selama bertahun-tahun. Hal ini tentulah akan menyebabkan mereka bosan dan mahu keluar daripada syarikat untuk mencari cabaran baru.

Aku senyum saja dengar nasihat dia. No wonder ramai suka dia. Kerja memang bagus dan tak cakap banyak. So, aku kongsikan semua ini dengan korang. Silakan share kalau bagus untuk kerja korang. Sekian.

Sumber: FB Rusydee Halimy