Lebih 100Ribu Umat Islam Menyambut Majlis Ilmu Ustaz Abdul Somad. Kerajaan Kelantan Buat Kejutan Pada Beliau Sehingga Menitis Air Mata

Ustaz Abdul Somad atau Syeikh Abdus Samad (nama yang disematkan Maulana Habib Luthfi Bin Yahya) bertandang ke Negeri Kelantan Malaysia. Di Kelantan, UAS disambutsekitar 100 ribu jamaah.

Akun @ustadzabdulsomad memposting foto meggunakan drone bagaimana manusia berada di sebuah stadium   Sultan Muhmmad IV.

Bagaimana sekitar seratus ribu orang berkumpul medengarkan tadzkirah yang bertemakan ”Tegakkan Islam Tanggung Jawab Ummat,”

Melalui Instagram itu, Ustaz Abdul Somad memposting beberapa kegiatannya semalam di Kelantan.

Lebih 100Ribu Umat Islam Menyambut Majlis Ilmu Ustaz Abdul Somad. Kerajaan Kelantan Buat Kejutan Pada Beliau Sehingga Menitis Air Mata“SEMALAM DI KELANTAN

1. Di Malaysia ada tadzkirah (pengajian) 1 jam sebelum Jumat, bagus supaya orang tidak lambat dengar khutbah

2. Khutbah Jum’at di Masjid Muhammadi, Masjid kerajaan

3. Tadzkirah di Stadium Sultan Muhammad IV. Lebih kurang seratus ribu orang hadir, dengan tema: “Tegakkan Islam Tanggung Jawab Ummat”

4. Mendapatkan “Anugerah Dai Nusantara” dari Kerajaan Kelantan, diberikan oleh Menteri Besar (Gubernur) Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, alumni Al-Azhar Kairo,” tulis Ustaz Abdul Somad.

Ternyata ulama asal Indonesia disambut secara luar biasa oleh warga Kelantan.

Ustaz Abdul Somad menitis air mata saat menziarahi keluarga dan makam Almarhum Tg Nik Aziz

Dapat Panggilan Syeikh

Diberitakan sebelumnya Ulama kondang asal Riau, Ustaz Abdul Somad atau yang akrab disapa UAS, berkunjung ke kediaman Maulana Habib Luthfi Bin Yahya, Jumat (8/2/2018).

Kunjungan UAS ke kediaman Habib Lutfi di Jalan Dr Wahidin, Noyontaan, Kota Pekalongan, Jawa Tengah, itu didampingi beberapa orang.

Satu di antaranya Ustadz Arif Chasanul Muna, rekannya semasa menuntut ilmu di Mesir.

ANUGERAH BUAT USTAZ SOMAD DAN USTAZ IDRUS

Kejutan Kerajaan Kelantan pada malam tersebut ialah menyampaikan anugerah kepada dua tokoh pendakwah terkenal itu.
Ustaz Abdul Somad telah dianugerahkan sebagai Daei Nusantara manakala Ustaz Azhar Idrus dianugerahkan sebagai Ikon Anak Muda. Pengiktirifan ini adalah sebagai penghargaan besar kepada dua tokoh ini yang sebelum ini amat gigih dan komited dalam menarik masyarakat dalam menyampaikan dakwah Islam. Tambahan Ustaz Azhar Idrus pula yang telah berjaya menarik anak-anak muda untuk kembali cintakan ilmu keagamaan.

ACARA KEMUNCAK : ANUGERAH BUAT USTAZ SOMAD DAN USTAZ AZHAR IDRUS

Acara kemuncak Hari Murabbi Ummah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan diikuti oleh tayangan video murabbi Ummah. Sejurus kemudian hadirin berpeluang mendengar Bicara Agung Malam Murabbi Ummah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad Da’ie Nusantara dengan tajuk “Tegakkan Islam Tanggungjawab Ummah.”

Sebelum berakhir, YAB Dato Bentara Kanan MB menyempurnakan majlis dengan penyampaian anugerah kepada tetamu jemputan, iaitu anugerah Ikon Anak Muda yang diberikan kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Juga anugerah Da’ie Nusantara diberikan kepada Al-fadhil Ustaz Abdul Somad. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik walaupun dihadiri oleh hampir 100 ribu jemaah muslimin.

Semoga dengan penganugerahan ini, memberi suntikan semangat kepada Dua Tokoh Pendakwah Indonesia dan Malaysia ini untuk terus mengembangkan dakwah di Nusantara ini. Sekalung tahniah juga diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim kerana telah mengiktiraf dua tokoh ini.

Sumber dari Ujya