Mengapa Perbezaan Warna Yang Dilihat Tiada Kaitan Dengan Otak Dominan Manusia?

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pengecaman warna pada kasut dan baju yang dikatakan mempengaruhi otak kanan atau kiri manusia. Namun, warna baju atau kasut ini tiada kaitan dengan otak kiri atau kanan, jadi berhentilah mempelopori dakyah pop-psikologi/pseudopsikologi ini di media sosial.

Bagi anda yang lihat warna tertentu namun ianya tidak selari dengan ‘dakwaan’ otak belah mana yang dominan untuk anda, jangan risau, sekarang anda akan faham kenapa.

Mengapa adanya persepsi warna yang berbeza pada gambar close-up kedua-dua item tersebut adalah disebabkan oleh fenomena ‘Colour Constancy’ yang bermaksud kecenderungan otak kita untuk mengekalkan dan mengimbangkan persepsi warna sesuatu objek merentasi situasi dan pencahayaan yang pelbagai.

Perlu diingat, ‘Colour Constancy’ ini bersifat subjektif merentasi individu disebabkan oleh beberapa mekanisma yang akan diceritakan namun ianya langsung tiada kaitan dengan konsep seseorang itu berotak kiri atau kanan. Ini kerana konsep individu berotak kiri atau kanan ini berkisar tentang pendekatan penyelesaian masalah, gaya belajar dan personaliti.

Malah, konsep ini pun sebenarnya tidak disandarkan berdasarkan bukti saintifik yang kukuh dan semakin dicabar sebagai mitos berdasarkan kajian terkini. Namun, itu bukanlah fokus penulisan ini.

Fenomena Colour Constancy ini berlaku apabila terdapat perubahan pencahayaan dalam satu keadaan atau dalam kes ini, apabila sumber pencahayaan sesuatu gambar atau objek itu tidak diketahui. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan gambar sesuatu objek itu dengan jarak yang dekat seperti dalam gambar kasut atau baju tersebut.

Fenomena ini berlaku secara sub-conscious atau tanpa kita sedari dan ianya penting bagi membantu kita untuk mengenalpasti sesuatu objek pada situasi pencahayaan yang berbeza. Otak kita mempunyai bias yang tersendiri dalam menterjemahkan warna suatu gambar yang terhad maklumatnya. Contohnya seperti dalam gambar kasut atau baju tersebut, di mana warna pencahayaannya tidak diketahui.

Justeru, korteks visual, bahagian otak yang memproses imej dan warna apa yang kita lihat, akan cuba untuk mengekalkan warna sesuatu objek itu – dalam bahasa mudahnya, nak adjust warna objek tersebut bagi nampak logik dan make sense. Berikut merupakan contoh mudah adjustment Colour constancy:

Mengapa Perbezaan Warna Yang Dilihat Tiada Kaitan Dengan Otak Dominan Manusia?

GAMBAR 1

Mengapa Perbezaan Warna Yang Dilihat Tiada Kaitan Dengan Otak Dominan Manusia?

GAMBAR 2

Mengapa Perbezaan Warna Yang Dilihat Tiada Kaitan Dengan Otak Dominan Manusia?

GAMBAR 3

Lihat gambar 1, 2 dan 3. Dalam gambar pertama, anda akan perasan bahawa warna kedua-dua kotak ini seakan-akan berbeza dimana yang di atas berwarna coklat gelap dan yang dibawah berwarna perang terang. Namun yang demikian, dalam gambar kedua, setelah gangguan warna, cahaya dan bayang dibuang, anda akan perasan kedua-duanya berwarna sama meskipun tiada edit warna dilakukan ke atas kedua-dua kotak.

Mengapa jadi begini? Ini adalah contoh Colour Constancy, bagaimana otak kita cuba adjust warna sesuatu supaya ianya kekal logik dan masuk akal. Dalam gambar ketiga, otak kita mengenalpasti kewujuduan bayangan shadow, seterusnya cuba menafsir bayangan dan menerangkan warna-warna objek itu dari warna sepatutnya.

Mengapa Perbezaan Warna Yang Dilihat Tiada Kaitan Dengan Otak Dominan Manusia?

Kes baju

Mengapa Perbezaan Warna Yang Dilihat Tiada Kaitan Dengan Otak Dominan Manusia?

Dalam kes kasut atau baju pula, apabila sumber pencahayaan tidak diketahui kerana ianya gambar close-up, otak kita akan membuat andaiannya sendiri tentang kemungkinan cahaya yang menerangi gambar ini. Bagi anda yang melihatnya baju tersebut berwarna emas dan putih, mungkin otak anda sedang mengandaikan bahawa baju tersebut diterangi cahaya kebiruan seperti cahaya yang menembusi langit biru, dekat dengan tingkap.

Dari sini, otak anda akan cuba menekan warna biru dengan menyangkakan ianya dipengaruhi oleh cahaya kebiruan itu dan sebaliknya menterjemah warna baju itu sebagai putih. Mereka yang melihat ianya berwarna biru dan hitam, otak anda sedang membuat andaian bahawa pencahayaan sekeliling mungkin datang daripada lampu tiruan seperti lampu yang digunakan dalam kedai yang berwarna kuning-oren. Justeru, pengaruh warna kuning akan dibuang atau dinafikan oleh otak, memberi gambaran belang hitam dan warna biru yang tidak terganggu.

Mengapa Boleh Jadi Begini?

Asas proses penglihatan bermula dengan cahaya bertemu dengan fotoreseptor ‘Cones dan Rods’ di bahagian retina, yang kemudiannya dihantar ke Korteks Visual untuk diproses dan diterjemahkan sebagai imej.

Bagaimana Colour Constancy ini berfungsi masih lagi sesuatu yang sedang dikaji namun terdapat beberapa mekanisma yang memainkan peranan dalam penghasilan fenomena ini.

Adaptasi Fotoreseptor

Mekanisma utama yang digunakan adalah adaptasi fotoreseptor-fotoreseptor dalam retina mata kita. Reseptor ini akan melaraskan sensitiviti mereka berdasarkan rangsangan cahaya yang diterima.

Jika jumlah gelombang panjang dalam pencahayaan keseluruhan bertambah, fotoreseptor merah akan kurangkan sensitivitinya untuk mengimbangkan imej terhasil. Proses ini juga turut dilengkapkan oleh adaptasi kromatik yang dilakukan oleh otak kita, khususnya oleh saraf di bahagian ‘parvocellular lateral geniculate’.

Memori warna

Jika anda biasa mengenalpasti sesuatu objek harian seperti pisang yang berwarna kuning, memori anda akan mempengaruhi persepsi warna anda dengan cara membetulkan sebarang lencongan atau sisihan setiap kali anda melihat buah tersebut di masa akan datang. Secara tak sedar, memori anda mempunyai bias yang tersendiri dalam menormalisasikan imej suatu gambar itu.

Mengapa Perbezaan Warna Yang Dilihat Tiada Kaitan Dengan Otak Dominan Manusia?

Contoh paling mudah, lihat gambar di atas. Gambar buah-buahan lazim dalam gambar ini diberikan warna yang sama namun bila ditanya apakah warna setiap buah, anda sendiri akan perasan otak anda sedaya upaya untuk memberi warna kepada buah-buahan tersebut berdasarkan memori anda dan anda akan nampak seolah-olah ada perbezaan warna pada setiap buah. Sedangkan, gambar ini hanya mempunyai 2 warna sahaja, Merah dan satu lapisan warna kelabu.

Teori Retinex

Teori ini dicadangkan oleh Edwin H. Land dan ‘Retinex’ merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh retina dan juga korteks visual kita. Dalam teori ini, persepsi suatu imej itu mengambil kira semua faktor sekeliling objek tersebut, dan sensasi atau persepsi warna itu dipengaruhi oleh peratusan dan kewujudan 3 jenis gelombang L, M, S (long, medium dan shot-wave) di persekitaran.

Akhirnya, kita boleh tutup dengan amannya mitos kononnya otak kiri atau otak kanan yang menentukan warna apa yang anda lihat. Sekian.