Menurut Kajian, Wanita Garang Akan Buat Lelaki Lebih Bahagia. Tak Percaya? Ini Buktinya.

Menurut Kajian, Wanita Garang Akan Buat Lelaki Lebih Bahagia. Tak Percaya? Ini Buktinya.

Mungkin anda pernah jumpa pasangan hidup yang salah seorangnya garang dan tegas dalam keluarga. Lagi-lagi kalau pasangan anda itu anak sulung. Kalau suami yang garang mungkin dianggap biasa sebab tugasnya seorang ketua pemimpin. Tapi bayangkan jika isteri yang garang?

Boleh dikatakan ramai lelaki takut jika dapat isteri yang garang. Mana tidaknya, semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu dijaga. Kalau tidak, habis semua kantoi. Hehe.

Bila dapat wanita garang, ada kawan-kawan kata si dia jenis queen control. Kononnya tak best lah kalau si dia garang, tetapi tahukah anda sebenarnya termasuk kategori bertuah?

Ya, kalau ikutkan ramai lelaki takut kalau dapat pasangan/isteri garang. Mana tidaknya, semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu dijaga.

Ok ada 5 sebab munasabah anda akan lebih bahagia jika dapat wanita garang.

5 Sebab Wanita Garang Confirm Buat Lelaki Lebih Bahagia

1. Wanita Garang Akan Melindungi

Kita selidik mak anda sendiri, garang ke tak garang? Apa kesan daripada garang itu? Haruslah anda dilindungi, tak siapa berani usik! Kalau dapat wanita garang sebagai pasangan mereka jenis lebih mengambil berat dan menjaga anda.

2. Anda tak selamat daripada bertindak sesuatu yang bodoh

Lelaki ni suka buat perkara bukan-bukan dan adakalanya perkara bodoh. Jadi, kalau dapat pasangan jenis garang elakkan anda terjerumus untuk buat perkara tak elok.

3. Hidup lebih berdikari

Selalunya wanita garang bukan jenis lemah dan mereka mampu lakukan banyak perkara sendiri tanpa bantuan lelaki. Bila jenis berdikari ni, buatkan hubungan lebih lancar dan tiada masalah.

4. Mereka bijak merancang

Wanita garang ni tahu apa yang mereka inginkan dan bijak dalam perancangan. Mereka tak suka melengahkan sesuatu perkara. Kehidupan lelaki juga akan lebih teratur.

5. Jenis tak suka menyusahkan

Jika anda keluar makan bersama dan teman wanita/isteri anda mahu membayarnya, sila biarkan. Walaupun anda mampu berikan wang beribu ringgt, wanita jenis ini ada prinsip mereka sendiri yang tidak suka menyusahkan sesiapa.

Dapat Isteri Garang & Keras Kepala, Ini Petua Elak ‘Perang’

Jarang ada isteri yang keras kepala tapi garang memang ramai. Selalunya dua sikap ini ada pada sang suami. Tapi bagaimana kalau keduanya bergabung si suami dengan perangai cepat melenting. Apa akan terjadi pada rumah tangga?

Pada fikiran kita mungkin akan selalu berperang. Tapi pasangan ini membuktikan sebaliknya. Jika suami pandai menangani isteri rumah tangga akan kekal bahagia.

Ikuti perkongsian dari Rafie Ramli.

Isteri keras kepala ni tak ramai, tapi banyak. Mereka tegas dengan keputusan. Tidak mudah mengikut hasutan orang lain. Itulah isteri saya yang dicintai. Cuma apa yg perlu suami lakukan bila isteri seorang Garang dan keras kepala?

Perkahwinan saya masih baru nak masuk 6 tahun. Di awal perkahwinan , Isteri saya, seorang yg keras kepala. Degil dan tegas. Saya juga cepat melenting bila tak kena gaya.

Tapi bila bergaduh kecil atau besar, saya akan mengambil peranan, turunkan ego, diam, dengar dan pendam.

Mengaku salah adalah yang terbaik

Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan. Mengaku salah walaupun kita rasa kita betul adalah yg terbaik.

Perempuan ni mesti nak menang! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka. Layankan aja….Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yg kita rasa kecil, tapi sentiasa besar di hati mereka.

Mengikut ego dan melawan mereka ketika ini sangat tidak relevan.Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sgt baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah.

Sekarang, Kalau bergaduh sy masih kena mengalah, tapi kami jarang bergaduh besar. Sebab dah malas berperang.Tapi kalau berperang sekejap aja..

Sehingga beberapa jam selepas perang, biasanya Fel akan mula tenang. Yg sy selalu perasan dia selalu solat bila marah. Dan yg buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis didalam doa.

Alhamdulillah, its works every time.

Bila dalam keadaan tenang ini, wanita tegas pon akan mula menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf.

Waktu ini suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf .

Alhamdulillah, its works every time. Dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa shj yg kita rasa mampu. Mitos “perempuan merajuk sbb mahu dipujuk” itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiah dia makanan pun dh seronok. Beli ikut kemampuan.

Kenapa saya perlu mengalah? Sedangkan sy lelaki dan pemimpin? Tak ada egokah saya ini? Sebagai suami, sy selalu ingat segala pengorbanan yg Fel dah buat selama ini. Betapa dia berkorban sejak dari mula berkenalan, kami kahwin ketika masih muda remaja, dia seorang yg aggresive, popular, suka shopping, trendy, gila make up.

Tapi lepas berkahwin dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yg dia dah jadi sekarang. Kadang2 saya rasa tak boleh jadi sekuat dia klau sy berada di tempatnya.

Kenang pengorbanan dia

Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yg agak terpencil, tak da kawan kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan kawan dy seadanya dlm hidup dia,sy rasa tidak layak utk sy kecewakan perasaan dia.

Sebab itu sy banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga dia bertahan, jd dia menjadi cepat marah dan tertekan.

Lama lama , bila dah biasa dgn hidup baru sy nampak dia lebih tenang. Sekarang, bila dia struggle dgn selera makan dan diet dia tapi dlm masa yg sama dia perlukan tenaga untuk menyusukan anak anak pon sy dah cukup terkesan.

Adakah boleh saya sesabar isteri dan sekuat dia ? Dengan pengorbanan mereka, rasanya tidak layak utk para suami sakitkan hati isteri walaupun sikit.

Allah Allah, alhamdulillah utk tempoh perkahwinan ini. Ianya satu proses tarbiah yang baik utk kami suami isteri. Saya bukan suami yg baik, tapi sy mahu isteri yg baik. Maka sy berusaha menjadi baik. Rumahtangga itu dibina atas dasar mahu memberi yg terbaik.

Pilih untuk terus setia dan bersabar. Kita pasti Menang.

ikhlas dari suami yang acah acah sweet. Hahaha!

Haaa… jadi kenapa nak rasa menyesal dapat pasangan garang. Untunglah anda dapat orang yang jenis ambil berat dan melindungi. Alhamdulillah…

Sumber dari InfoAgama