Raya Cina kan dah lepas, kenapa malam tadi meriah main bunga api?

578197153

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk g4nas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.

Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya men4kutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletopkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau pu4ka dan nasib m4lang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Cuti CNY Dah Habis Tapi Kenapa Masih Main Bunga Api?

Jika anda adalah salah seorang yang terpinga-pinga mengapa terdapat persembahan bunga api besar-besaran semalam dan malam ini (13 Februari), jangan risau. You are not the only one.

Di kebanyakan bandar-bandar besar sekitar Malaysia, tepat jam 11pm sehingga 12pm semalam, ruang udara dimeriahkan dengan persembahan bunga api yang seakan-akan tak berhenti. Ada netizen yang berkata di kawasan mereka, bunga api berterusan sehingga 15 ke 20 minit. Ada juga yang berkata, ia diselang-selikan selama 1 jam.

Sama jugalah di sekitar bandar Subang Jaya (lokasi penulis berada), ruang taman permainan di setiap kawasan perumahan dijadikan spot utama untuk anak-anak muda menyalakan bunga api secara besar-besaran. Just like a real celebration, legit !

Apa sebenarnya yang disambut sedangkan perayaan Tahun Baru Cina sudah berakhir pada minggu lepas?

Untuk pengetahuan korang, masyarakat berbangsa Cina sebenarnya meraikan Tahun Baru Cina selama 15 hari. Sama jugalah macam masyarakat berbangsa Melayu yang meraikan adat rumah terbuka selama sebulan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam tempoh 15 hari ini, ada aktiviti mengikut adat dan tradisi yang dilakukan oleh mereka mengikut kepercayaan masing-masing.

Raya Cina kan dah lepas, kenapa malam tadi meriah main bunga api?

Hari pertama Tahun Baru Cina seperti yang disambut pada 5 Februari lalu menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar masyarakat Cina dan Malaysia mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum.

Pada hari-hari berikutnya, tradisi lain turut dilakukan. Contohnya, tradisi anak perempuan yang sudah berkahwin menziarahi rumah ibu bapa kandungnya (Hari Kedua), tradisi menziarahi pusara (Hari Ketiga) dan semalam / malam ini menandakan Hari Kelapan dan Kesembilan.

Jadi, tradisi semalam adalah untuk bermain bunga api?

Bukan.

Semalam dan malam ini menandakan tarikh kelahiran Maharaja Jade dan ia merupakan Tahun Baru Hokkien yang disambut oleh komuniti Hokkien. Walaupun majoriti daripada komuniti Hokkien berada di Pulau Pinang, bagi mereka yang sudah pulang ke Kuala Lumpur, mereka turut tidak melepaskan peluang untuk meraikannya.

Mengikut tradisi, komuniti Hokkien akan bersembahyang kepada Maharaja Jade pada hari tersebut. Malah mengikut tradisi, tebu juga digunakan sebagai simbol penting untuk diletakkan di kediaman masing-masing.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai “tahun baharu” suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Persembahan bunga api menjadi tradisi untuk menyambut kehadiran hari kesembilan di Malaysia. Selalunya, skala bunga api yang dimainkan semalam akan lebih havoc berbanding hari pertama Tahun Baru Cina.

Malah, ada kawasan perumahan akan bergilir-gilir menyalakan bunga api mereka supaya ia akan berterusan sehingga melepasi detik 12 tengah malam.

Chap Goh Mei

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome?

Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Sumber dari CikguUPK