Sekumpulan lelaki menunaikan solat Subuh dalam tren Komuter dapat perhatian ramai

Solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan (ditauqitkan).

Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa’: 103).

Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya, meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun dan tatacaranya, dia tetap diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dengan beberapa kelonggaran.

Dalam erti kata lain, syariat Islam memberikan beberapa kelonggaran hukum kepada orang yang dibebani dengan keuzuran atau hambatan akan tetapi syariat Islam tidak mengangkat kewajipan solat dari setiap umatnya sama ada lelaki atau wanita.

Hukum Solat Di Dalam Kereta

Perbahasan berkenaan isu ini hakikatnya mempunyai sedikit sebanyak asas seperti yang ditunjukkan oleh beberapa riwayat. Di antaranya seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis riwayat ‘Amir bin Rabi’ah beliau berkata:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الرَّاحِلَةِ يُسَبِّحُ يُومِئُ بِرَأْسِهِ قِبَلَ أَيِّ وَجْهٍ تَوَجَّهَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ فِي الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ

Maksudnya: Aku pernah melihat Rasulullah S.A.W dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda menghadap ke arah yang mana haiwan itu menghadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardhu.

Riwayat al-Bukhari (1097)

Berdasarkan hadis di atas, haiwan tunggangan merupakan kenderaan yang diguna pakai oleh masyarakat pada zaman terdahulu termasuklah pada zaman Rasulullah S.A.W. Maka kenderaan moden seperti kereta, kapal terbang, keretapi, sampan, dan seumpamanya turut memakai hukum yang sama dengan haiwan tunggangan.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau meletakkannya di bawah ‘’Bab Baginda Turun (Dari Haiwan Tunggangan) Untuk Solat Fardhu’’.

Ini merupakan suatu isyarat yang menunjukkan bahawa solat yang boleh dilakukan dalam keadaan berada di atas atau dalam sesebuah kenderaan adalah solat sunat sahaja. Manakala untuk solat fardhu pula, para ulama menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu turun dari haiwan tunggangannya untuk melaksanakannya.

Dalam erti kata lain, tidak boleh untuk menunaikan sebarang solat fardhu dalam keadaan berada di atas haiwan tunggangan.

Ibn Hajar menukilkan pendapat Ibn Batthal dalam isu ini yang menyatakan: ‘’Para ulama telah ijma’ akan pensyaratan hal ini (turun dari haiwan tunggangan) dan sesungguhnya tidak boleh bagi seseorang itu untuk menunaikan solat fardhu di atas haiwan tunggangan tanpa ada sebarang keuzuran’’.

Pertama: Solat Di Atas Kenderaan Seperti Keretapi Atau Kapal Terbang

Dalam isu ini, adalah dibolehkan untuk seseorang itu solat di dalamnya sama ada untuk solat sunat atau solat fardhu sekalipun.

Ini mengambil kira tempoh perjalanan yang panjang secara adatnya dengan menaiki kenderaan seperti ini, tambahan pula seseorang itu tidak ada cara untuk turun dari kenderaan seperti ini semata-mata untuk menunaikan solat melainkan hanya dapat turun sesampai sahaja kenderaan ini ke destinasi yang dituju. Maka ia jelas berbeza dengan konsep solat di atas haiwan tunggangan.

Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: “Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam”.

Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.

Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.

Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain.

Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.

Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk.

Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.

Sekeping foto yang sungguh menyentuh hati. Sekumpulan lelaki yang bergelar ayah terpaksa menunaikan solat Subuh di dalam sebuah tren yang dipercayai sebagai komuter semasa di dalam perjalanan ke tempat kerja.

Memandangkan waktu Subuh lewat sekarang iaitu selepas pukul 6 pagi ( 6.09 pagi @ KL @ 1/1/2019), mereka tidak sempat menunaikan kewajipan solat Subuh  sebelum menaiki tren, lalu mereka tiada pilihan lain selain daripada menunaikannya di awal waktu.

Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka kerana sangat mengambil berat kewajipan solat 5 waktu.

Semoga Alah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sebagaimana rezeki sang burung yang keluar pagi kelaparan namun balik petang dengan perut yang kenyang…

Origina1 message…

Suasana dalam komuter subuh tadi…

Para2 suami keluar awal untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang…

Ya Allah ya tuhan kami…
Berikan mereka kemudahan untuk mencari rezeki demi keluarga…
Ketuk pintu hati mereka supaya tidak lalai dalam menjalankan kewajibannya…
Jagalah mereka Ya Allah agar selamat dalam lindunganmu….

Amin ya rabbal allamin

Apa kata pengguna FB

– Maybe we should be first in the world to have special cabin for prayer in the train. Railway man

– Percaya dan yakinlah dgn Allah jika kamu jaga agamanya maka Allah akn menjaga kamu…apa pun contoh yg terbaik patut di contohi oleh semua umat Islam solat bkn sekadar di masjid, surau sahaja

– Alhamdulillah demi mencari rezeki yang halal untuk anak2 & isteri. Tren pukul 6.00 pagi, subuh pukul 6.15 pagi. Subuh dalam perjalanan/pemusafiran

– Hendak seribu daya.. Bagi mereka yg biasa tinggal diperantauan khususnya negar bukan Islam sedemikian sudah menjadi lumrah… Solat ditepi jalan ketika dlm perjalanan atau di kawasan sesuai di rr biasa…

FB Noorhashim Mohamad‎ dan Mufti Wilayah