Kerajaan Selangor telah menawarkan RM1,000 kepada pasangan suami isteri yang berkahwin sebelum berusia 35 tahun

Kerajaan Selangor telah menawarkan RM1,000

Biasanya, cakap pasal perkahwinan, wang pasti merupakan hal utama yang difikirkan pasangan. Senang cerita semuanya memerlukan wang, jika tidak ada duit, memang majlis perkahwinan tidak akan menjadi kenyataan.

Kerajaan Selangor telah menawarkan RM1,000 kepada pasangan suami isteri yang berkahwin sebelum berusia 35 tahun

Tetapi bagi mereka yang tinggal di Selangor, mereka akan menerima insentif daripada kerajaan negeri jika mereka berkahwin sebelum mencapai usia 35 tahun. Berita baik bukan.

Program insentif yang julung kali dijalankan ini dikendalikan oleh Yayasan Warisan Selangor (YAWAS) yang dikenali sebagai Insentif Perkahwinan Remaja, akan memberi ganjaran sebanyak RM500 kepada setiap suaminya dan pasangannya yang berdaftar.

Pengantin layak menerima insentif jika mereka memohon dalam tempoh setahun dari tarikh perkahwinan mereka. Permohonan hanya sekali, bahkan pemohon boleh memohon insentif secara online di internet.

Kerajaan Selangor telah menawarkan RM1,000 kepada pasangan suami isteri yang berkahwin sebelum berusia 35 tahun

Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor ATAU;
  • Lahir di luar Negeri Selangor dan alamat MyKad mestilah dalam Selangor
  • Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
  • Berumur 35 tahun ke bawah sewaktu permohonan dibuat.
  • Perkahwinan kali pertama sahaja
  • Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh perkahwinan
  • Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran dokumen dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh perkahwinan
  • Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja

Jika permohonan anda berjaya, anda akan dianugerahkan Sijil Simpanan Premium RM500 dari Bank Simpanan Nasional yang hanya boleh dijual semula ke bank selepas 45 hari.

Kerajaan Selangor telah menawarkan RM1,000 kepada pasangan suami isteri yang berkahwin sebelum berusia 35 tahun

Lebih seronok apabila program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh melayari laman web TAWAS di sini.