Starbucks Tawar Promosi Istimewa Sempena Ramadhan

Ini berita baik buat anda penggemar minuman Starbucks, anda kini boleh menikmati minuman tersebut dan kek dengan harga promosi. Starbucks tawar promosi untuk pembelian 2 minuman bersaiz grande dan sepotong kek pada harga RM29.90 sahaja.

Promosi ini sah ditebus di semua cawangan Starbucks Malaysia bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. Malah, promosi ini tersedia selama sebulan iaitu dari 6 Mei hingga 6 Jun 2019 sahaja.

Adalah diingatkan bahawa promosi ini sah ditebus di semua cawangan kecuali outlet Genting Highland, Sunway Lagoon, Petronas dan GSC. Malah, promosi ini tidak sah untuk promosi dan diskaun yang lain serta tidak akan mendapat reward dalam kad StarbucksPromosi ini juga tidak sah untuk Starbucks Reserve Coffee dan ini peluang anda moreh dengan minuman kegemaran anda dan dapat sepotong kek lagi.