“Minta Maaf Semua..” Belum Sampai 2 Jam Update Status, Isteri Meninggal Dunia Selepas Ikthiar Terakhir Ditidurkan.

Semakin hari makin banyak berita insan2 tersayang pergi meninggalkan kita kerana pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ini. Terbaharu seperti apa yang dikongsikan oleh Kamadila, dia baru sahaja kehilangan sepupu yang sarat hamil 8 bulan disebabkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Allahuakbar, Sesungguhnya Allah menyayangimu ida, Setelah tahu dirinya positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19, doktor terpaksa keluarkan bayi yang berada dalam kandungannya.

Arwah yang sedang sarat hamil 8 bulan terpaksa mengeluarkan bayi yang berada dalam kandungannya demi menyelamatkan bayi tersebut.

Alhamdulillah, baby selamat dikeluarkan pada awal ogos yang lalu. Akan tetapi arwah masih perlu bergantung pada bantuan mesin oksigen berikutan paru2nya tidak kuat tanpa bantuan mesin oksigen.

Hari berganti hari, paras bacaan oksigen nya semakin turun. Hingga saat hari ini lebih kurang jam 10 lebih pagi dktor terpaksa tidurkan arwah kerana keadaan nya semakin merosot. Arwah sempat memuatnaik status di whatsapp memohon maaf pada semua yang mengenalinya.

Dia juga sempat membuat panggilan ‘video call’ dengan keluarga atas bantuan doktor sebelum ditidurkan. Namun tak sampai 2 jam ditidurkan, ibu arwah memaklumkan bahawa arwah sudah meninggal dunia.

Arwah Nursuhada pergi meninggalkan suami dan 3 orang anak yang masih kecil termasuk seorang baby yang baru dilahirkan yang kini berada di dalam NICU untuk pemantaun pihak hospital.

Arwah disifatkan seorang ibu dan sahabat yang sangat baik dan rajin. Rata rata kenalan arwah sangat terkejut dengan pemergian arwah. Kehilangan Suhada ditangisi ramai.

Semoga suami dan 3 orang anaknya kuat dan tabah atas kehilangan orang yang tersayang. Al fatihah.

Pada Yang Membaca Minta Jasa Baik Untuk Tinggalkan Komen Untuk Lebih Ramai Nampak Artikel Ini

Sumber: kamadila din( sepupu arwah)

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.