Kantoi Dalam Keadaan Separuh Bogel, Warga Emas ‘Rogol’ Kambing Direman 7 hari.

Seorang lelaki warga emas tergamak melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati dalam kejadian di Kampung Sungai Buaya, Serendah dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari seorang wanita yang juga pemilik kambing terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas mendengar kambingnya yang berada di belakang rumah mengeluarkan bunyi pelik.

Beliau kemudian keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya itu dan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum lelaki itu melarikan diri.

Wanita berusia 45 tahun itu kemudian memeriksa keadaan kambing berkenaan dan didapati haiwan itu sudah mati.

Beliau kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Serendah, jam 6.24 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, susulan laporan polis diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor berjaya menahan suspek hari ini.

“Suspek berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah pada jam 10.50 pagi semalam.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu turut ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Kambing yang mati itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat,” katanya.

Suspek direman 7 hari selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah, di sini, kelmarin.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Suspek yang memakai kemeja dan seluar berwarna coklat dibawa dengan trak diiringi dua anggota polis dari Balai Bukit Polis Sentosa memasuki perkarangan mahkmah jam 9.20 pagi tadi.

Dalam permohonan itu, Mohamad Azrul membenarkan suspek direman 7 hari bermula hari ini hingga 4 Ogos nanti untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Katanya, Arsad percaya polis berjaya menyelesaikan kes ini sekali gus mengurangkan kegusaran masyarakat setempat.

Sumber HM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.