‘Setiap Hari Akan Ada Masa..’ – Ini Keadaan Isteri Azmi Saat Selepas Genap Sbulan Arwh Anak Mereka Lahir Dan Pergi Meninggalkan Dunia

” Dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah…” – Azmi Saat

Demikian luahan vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat yang berkongsi sedikit perkembangan terbaru bidadarinya, Nazira Muhammad sempena ulang tahun kelahiran isterinya itu.

Azmi berkata, isterinya masih tidak dapat melupakan detik pemergian anak pertama mereka, Khairul Afnan yang menjadi cahaya mata yang dinanti-nanti selama 10 tahun.

Melalui coretan yang sama juga, Azmi meminta agar pengikut Instagramnya dapat memberikan kata-kata positif dan semangat kepada Nazira.

” Hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.

” Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.

” Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan arwh Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.

Adakala dia menangis

” Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.

” Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. InsyaAllah. Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad,” coretnya di hantaran terbaharu Instagram miliknya.

Sebelum ini, Azmi dan isterinya ada meluahkan perasaan gembira dengan kelahiran Afnan kerana sudah 10 tahun menanti untuk memiliki cahaya mata sendiri.

Nazira melahirkan cahaya mata pertama mereka menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan, pagi kelmarin. Khairul Afnan dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram.

Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.

Bagaimanapun bayi sulung Azmi yang baru berusia tiga hari meninggI dnia kira-kira jam 12 tengah hari pada 30 September 2021.

Pengurus Azmi Saat, Syah Rahman memaklumkan doktor mengesyaki terdapat sedikit masalah pada bahagian otak, Khairul Afnan.

Terdahulu, Syah memaklumkan, bayi diberi nama Khairul Afnan itu menghembvskan nfas ter4khir dipangkuan ibunya, Nazira Muhammad di Hospital Pakar Ohana, Kuala Lumpur.

” Selepas alat bntuan pernfasan dicabvt, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nfas ter4khir,” katanya.

Sementara itu, berita dukacita itu turut dimaklumkan Azmi menerusi satu posting di Instagramnya.

” Allah lebih menyayanginya, Afnan tunggu kami di syurga ya” tulisnya ringkas.

Sekilas info mengenai Azmi Saat

Khairul Azmi Bin Mohd. Saat (lahir 27 September 1987) atau lebih dikenali sebagai Azmi Saat adalah merupakan vokalis bagi kumpulan busking Orang Kurang Upaya (OKU), Caliph Buskers.

Azmi Saat yang dilahirkan pada 27 September 1987 adalah merupakan seorang yang cacat penglihatan.

Sebelum menjadi artis rakaman, beliau pernah bekerja sebagai jurujual langsung di SOGO Mall dan sebagai tukang urut di Hospital Mata Tun Hussien Onn.

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 2011 dengan mengahwini seorang wanita yang kurang upaya, iaitu cacat penglihatan yang bernama Nazira Muhammad.

Beliau mula menyanyi sejak berusia 10 tahun ketika menyertai satu pertandingan dan lagu pertama yang dinyanyikannya pada ketika itu adalah “Aku Tak Marah” nyanyian asal Arrow.

Beliau mula menjadi pemuzik jalanan pada Februari 2014. Beliau dan kumpulannya sering membuat persembahan seperti dikawasan SOGO Mall dan sekitar kawasan di Kuala Lumpur bermula pada jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang.

Mereka juga pernah membuat persembahan di majlis resepi perkahwinan Alif Satar di Putrajaya suatu ketika dahulu.

Pencapaian terbaik mereka apabila memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik pada 2016 dan turut memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-30 pada 2015.

Sumber:gempak

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.