”Arwah Tinggalkan Legasi Yang Cukup Besar” – Anzalna Tolak Tawaran Tudung Jenama Lain Demi Allahyarhamah Siti Sarah.

” Apabila dengar lagu dia, tiba-tiba rasa tak kuat pula. Kemudian, tengok wajah anak arwah, lagi sayu hati. Saya tak tahu nak jelaskan macam mana.

SAYU dan hiba melihat wajah anak perempuan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, pelakon Anzalna Nasir akhirnya tidak dapat menahan air mata ketika bersemuka dengan kanak-kanak itu.

Kisah Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, apabila bertemu anak arwah, Dzahira Talita Zahra, 8, ketika sesi fotografi untuk jenama tudung milik Siti Sarah.

Lebih menyentuh perasaan apabila pelakon berusia 33 tahun mendengar lagu nyanyian arwah dalam sesi berkenaan baru-baru ini.

” Saya yang minta untuk mainkan lagu arwah sebab memang sangat meminatinya. Masa arwah di pentas Gegar Vaganza pun, saya buat kemunculan untuk dia.

Tolak tawaran duta tudung jenama lain.

Menggantikan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah tudung di bawah legasi milik arwah, pelakon Anzalna Nasir mengakui dia sanggup menolak tawaran menjadi duta tudung jenama lain.

Menurut Anzalna, Allahyarhamah Siti Sarah sudah beberapa kali ingin melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

” Arwah Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat saya mesti ada kontrak dengan produk kosmetik lain.

” Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tolak, meskipun saya sebenarnya telah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain saya terpaksa menolak tawaran tersebut demi menjadi sebahagian daripada Loveta,” katanya.

Tambah Anzalna lagi, dia bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana ingin membantu mengembangkan lagi legasi yang ditinggalkan arwah.

Dalam pada itu, dia turut meluangkan masa berbincang dengan suami, Hanif Zaki sebelum menerima tawaran itu kerana sedar tanggungjawab besar yang bakal dipikulnya.

” Mulanya agak sukar untuk saya menerima lamaran ini. Jujur saya ambil masa sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang selama ini diusahakan oleh arwah Siti Sarah.

” Arwah meninggalkan legasi yang cukup besar ketika hayatnya. Jadi saya bimbang jika kehadiran saya akan dimarahi oleh peminat beliau.

” Namun, syukur rata-rata menyambut baik dan gembira dengan pengumuman yang dibuat. Saya berharap kehadiran saya akan membawa jenama Loveta ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Sebelum ini, Anzalna berkongsi rakaman di sebalik tabir sesi fotografi untuk jenama tudung Loveta milik Siti Sarah di Instagram di mana dia dipilih sebagai model.

Menerusi rakaman pendek itu, Anzalna dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika penggambaran sedang dijalankan.

Untuk rekod, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas bertarung nyawa akibat Co0vi1d-1i9.

 

Sumber: r0t1k4ya

Check Also

Terbaring Akibat Serangan J4ntung, Pian Cecupak Meninggal Dunia. Ini Lokasi Dia Ditemui. Al Fatihah

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 8 malam Rabu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.