Connect with us

#news

Ingat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulans

anak sakit

Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna media sosial berkongsi momen apabila orang tersayang ‘dijemput’ menaiki ambulans setelah disahkan positif Covid-19. Terbaru, seorang ibu Intan Nurdiyana berkongsi sebuah video yang memaparkan anak lelakinya dibawa ambulans gara-gara mempunyai simptom virus tersebut.

Luluh hati seorang ibu apabila anak seawal usia 3 tahun yang mempunyai simptom wabak Covid-19 perlu di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 dia sekeluarga masih belum diketahui, anaknya itu mempunyai simptom demam panas sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital. Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu.

Dia ingat nak pergi jalan-jalan

“Aisy belum disahkan lagi positif, keputusan belum keluar lagi tapi disebabkan dia ada simptom, doktor cadangkan ke hospital dan kemungkinan dia akan kuarantin di wad sana,” tulisnya di laman Twitter.

Menerusi rakaman video dikongsi, Intan hanya mampu melambai anaknya di halaman rumah sebelum si kecil berusia tiga tahun itu beredar bersama si bapa.

Selalu tengok orang lain, sekali anak & suami kena angkut

Ingat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulans

Suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19. Hal ini memaksa doktor untuk merujuk anaknya ke hospital. Menerusi video tersebut, anaknya kelihatan sihat dan ceria kerana tidak mengetahui bahawa dia bakal dibawa ke hospital.

Dibenarkan keluar hospital

Ingat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulans

Ingat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulans

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.

Kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan ‘lockdown’. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Tambahnya lagi, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur.

Semoga dipermudahkan

Ingat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulansIngat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulansIngat nak pergi jalan2, anak ada simptom Covid-19 teruja dibawa ambulans

Rata-rata netizen mendoakan segalanya dipermudahkan. Penyampai radio terkenal Hamzah turut memberi kata-kata semangat kepanya.

Sumber: Intan Nurdiyana

Continue Reading

Trending