“Kau ingat tak meeting kita dua beradik? Masa tu aku nak brenti sekolah sebab nak sara kau belajar, kite kan dah yatim piatu”

Sikit pengenalan diri. Saya Amir. 32 tahun. Masih bujang. Ok setel pengenalan. Coretan ni saya khususkan buat adik saya Amira. Sebab saya tau dia rajin baca dan komen-komen di page ni. Ok saya mulakan.

Dik. Takde orang yang ᴀᴋᴜ sayang dalam dunia ni melebihi ᴋᴀᴜ. ᴀᴋᴜ nak ᴋᴀᴜ tau dari mula ᴋᴀᴜ lahir sampailah sekarang. Kaulah satu-satunya orang yang aku ada dalam dunia ni.

Arwah mak meninggal masa umur ᴋᴀᴜ 5 tahun. ᴋᴀᴜ kecik lagi dik. Hingus pon meleleh lagi. Tapi ᴋᴀᴜ dah hilang kasih sayang seorang mak. ᴀᴋᴜ sampai sekarang ingat lagi. ᴀᴋᴜ peluk ᴋᴀᴜ depan jenazah mak. ᴋᴀᴜ tanya ᴀᴋᴜ.

“Kenapa orang balut mak?”

“Kenapa orang ikat mak?”

“Kenapa abang menangis?”

ᴋᴀᴜ mesti ingat kan. Abah punya garang.. Allahu. Hari-hari ᴀᴋᴜ kena balun sebab degil. ᴋᴀᴜ yang datang selamatkan ᴀᴋᴜ dari kena dengan abah. Abah tak pukul ᴋᴀᴜ dik.

Sebab ᴋᴀᴜ baik. Tak macam ᴀᴋᴜ. Nakal. Degil. Pantang dapat keluar. Memang maghrib la baru balik.

ᴋᴀᴜ tak macam ᴀᴋᴜ. ᴋᴀᴜ main keliling rumah je. Kawan-kawan ᴋᴀᴜ yang datang main dengan ᴋᴀᴜ. Tu sebab ᴋᴀᴜ tak pergi jauh. Jangan aku. Habis segala kebun getah orang aku masuk.

Balik kena tibai dengan abah. ᴋᴀᴜ jugakla yang tenangkan dia..hahaha.. Terima kasih dik.

ᴋᴀᴜ ingat lagi tak dik. 16 tahun lepas. ᴀᴋᴜ umur 16 tahun. ᴋᴀᴜ 11 tahun. Abah pengsan masa dalam bilik air. ᴀᴋᴜ kaget dik masa tu. Keras kejung je kat situ tengok abah.

Sedih ᴀᴋᴜ dik. Abah pergi tak tinggalkan apa-apa untuk kita. Yang ada tanah getah 2 ekar. Tapak rumah. Tu jelah.

Itu pon ramai je sedara-sedara kita yang tanya. ᴋᴀᴜ ingat kan dik. Diorang datang rumah kita tanya pasal tanah tu. ᴀᴋᴜ hambat diorang dengan parang masa tu.

Nasib baiklah ᴋᴀᴜ ada dik. Kalau tak memang dah kedalam ᴀᴋᴜ masa tu.. Hahaha.. Lepastu kita janji kan.

Apa jadi pon biar kita hadap sama-sama. Jangan kita pisah walau apa pon jadi. Lagipon masa tu rumah arwah abah ada. Bukan kita takde tempat berteduh pon.

Meeting kita dua beradik tu ᴋᴀᴜ ingat lagi tak? Yang masa ᴀᴋᴜ nak berenti sekolah sebab nak motong getah tu?

Pasal masak nasi pon satu hal jugak dik. Sampai sekarang ᴀᴋᴜ fikir. Apa benda yang ᴋᴀᴜ buat dekat rice cooker tu sampai meletup bende alah tu ᴋᴀᴜ kejekan. Padan muka ᴋᴀᴜ dik.

Lepas tu ᴋᴀᴜ kena masak nasi guna periuk. Tu la sapa suruh ᴋᴀᴜ bagi jahanam rice cooker tu. Tapi ᴀᴋᴜ tak salahkan ᴋᴀᴜ pon dik sebenarnya. Yela ᴋᴀᴜ baru 12 tahun masa tu. Apa je yang ᴋᴀᴜ tau kan.. Takpe dik. ᴀᴋᴜ faham..

Rezeki ᴋᴀᴜ masa UPSR ᴋᴀᴜ dapat 5A dik. Memang tepat keputusan ᴀᴋᴜ tak bagi ᴋᴀᴜ berenti sekolah. Menitik air mata ᴀᴋᴜ masa ᴋᴀᴜ berlari cari ᴀᴋᴜ dalam kebun getah bawak slip periksa ᴋᴀᴜ.

Busuk-busuk ᴀᴋᴜ dengan baju motong tu ᴋᴀᴜ peluk. ᴀᴋᴜ bangga dengan ᴋᴀᴜ dik masa ni.

Alhamdulillah ᴋᴀᴜ dapat sambung ke SBP. Masa ni la kita jual segala harta dalam rumah sebab nak hantar ᴋᴀᴜ.

sembang dengan ᴀᴋᴜ, masakkan untuk ᴀᴋᴜ, hahaha.. Baru ᴋᴀᴜ tau abg ᴋᴀᴜ ni lonely orangnya..

Alhamdulillah. Keputusan SPM ᴋᴀᴜ cemerlang. ᴋᴀᴜ dapat tawaran pergi luar negara. Ireland. Belajar perubatan.

Kali pertama ᴀᴋᴜ dengar ada negara nama Ireland. ᴋᴀᴜ kata medic sana bagusla apa la. ᴀᴋᴜ iyekan je dik. Bukan ᴀᴋᴜ faham pon apa ᴋᴀᴜ cakap.

ᴀᴋᴜ ni orang kampung je. Sekolah pon tak habis. Tapi ᴀᴋᴜ layankan jugak. Walau dalam hati memikir mana nak carik duit hantar ᴋᴀᴜ jauh-jauh ni.

Nasib baik ᴋᴀᴜ ada biasiswa. Keperluan semua alhamdulillah dapat ᴀᴋᴜ adakan untuk ᴋᴀᴜ.

Tapi ᴀᴋᴜ percaya dengan ᴋᴀᴜ dik. ᴀᴋᴜ tau ᴋᴀᴜ akan banggakan ᴀᴋᴜ. 5 tahun ᴋᴀᴜ dekat sana. Sekali je ᴋᴀᴜ balik. Sebab nak jimat duit. Takpe dik ᴀᴋᴜ faham.

ᴀᴋᴜ tau masa cuti ᴋᴀᴜ keje nak cari duit tambahan walaupon ᴋᴀᴜ ada biasiswa. Tapi ᴀᴋᴜ silap dik. Rupanya kau kumpul duit nak belikan ᴀᴋᴜ tiket kesana tengok ᴋᴀᴜ konvo.

Fuh bangganya ᴀᴋᴜ dapat tengok ᴋᴀᴜ dik. Menitik air mata ᴀᴋᴜ tengok ᴋᴀᴜ pakai jubah tu ambik skrol. Tak sia-sia ᴀᴋᴜ dating dengan pokok getah hari-hari nak bagi ᴋᴀᴜ belajar.

Lepas majlis tu ᴋᴀᴜ bawak ᴀᴋᴜ pusing-pusing negara tu. Boleh tahan sejuk kat sana. Cantik sungguh negara dia. Seronok betul ᴀᴋᴜ. Sampai lupa la macam mana bau getah sekerap.. Hahaha..

Tahun lepas ᴋᴀᴜ ingat tak dik. ᴋᴀᴜ balik kampung jumpa ᴀᴋᴜ. Kita sembang-sembang. ᴋᴀᴜ tanya ᴀᴋᴜ bila ᴀᴋᴜ nak kahwin.

ᴋᴀᴜ laki bini dipanggil bertugas untuk hadap virus corona ni. Berjam jam ᴋᴀᴜ pakai berbalut macam lepat pisang dalam baju plastik ᴋᴀᴜ tu. Tapi ᴋᴀᴜ tak mengeluh.

Hari-hari ᴋᴀᴜ WhatsApp ᴀᴋᴜ pesan macam-macam. Iye dik. ᴀᴋᴜ duduk dalam kebun getah je. Habis motong ᴀᴋᴜ balik. Tak kemana. Janganlah ᴋᴀᴜ risau.

ᴀᴋᴜ bangga dengan ᴋᴀᴜ dik. Kita bukan orang senang. Kita yatim piatu. Tapi ᴋᴀᴜ mampu buktikan yang orang susah macam kita pon boleh berjaya.

ᴀᴋᴜ doakan ᴋᴀᴜ sentiasa selamat melawan virus ni. Semoga ᴋᴀᴜ dan semua hero-hero kita dalam KKM tabah dan kuat meneruskan usaha korang menyelamatkan negara kita.

Sekian dari ᴀᴋᴜ. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.