Connect with us

#vvip

Ingat! Seburuk Buruk Adik Beradik Ia Tetap Darah Daging Kita, Sehina Hina Adik Beradik Ia Tetap..

Buruk manapun adik beradik mereka tetap darah daging kita, seteruk manapun adik beradik mereka tetap keluarga paling dekat dengan kita, sejahat manapun adik beradik mereka tetap keluar dari perut yang sama.

Jangan terlalu fokus pada keburukan yang ada dalam adik beradik sendiri sampaikan lupa kebaikan mereka. Mungkin nasib sesama sendiri berbeza tapi akarnya masih sama. Mungkin ada seorang yang susah dan yang seorang itu senang.

Jadi, penting untuk tanam dalam diri untuk tidak sesekali wujud perasaan bangga jikalau kita lebih baik dari yang lain, kerana masa depan mungkin sebaliknya.

Jangan kita berlagak dan meninggi diri terhadap adik beradik yang nasibnya tidak seperti kita kerana tanpa disangka, mereka jugalah yang tampil membantu saat kita diduga.

Jangan terlalu berkira soal harta dan duit kerana dua perkara itu tidaklah kekal dengan kita selamanya. Pernah terlintaskah suatu hari, siapa yang bakal mengangkat jasad kita sewaktu panggilan Ilahi kelak?

Adakah harta dan duit yang kita puja akan mengapankan jasad kita?

Tidak. Namun berbeza dengan adik beradik. Sejahat mana pun mereka, tidak pernah timbul perasaan jijik menyentuh jasad kita saat kaku tidak bergerak walau dihina, buruk dan jahat dimata kita.

Adik beradik tetap adik beradik tidak kira apa pun yang terjadi. Rezeki yang melimpah dari tali ikatan adik beradik tidak dinafikan lagi besar berkahNya.

Semoga kita sentiasa ingat asal usul kerana kita hanyalah hamba yang hina di mataNya.

Semoga hati kita dihapuskan perasaan benci dan dengki sesama adik beradik sendiri mahupun terhadap manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin.. – Mahadi Razak

Kita perlu ingat..
Kunci kepada hidup lebih senang salah satunya adalah bersedekah pada adik beradik kita sendiri. Apabila pergaduhan atau perselisihan faham timbul, sesungguhnya satu ‘rahmat Allah‘ serta-merta hilang dalam keluarga kita.

Itu menunjukkan betapa pentingnya menjaga hubungan antara adik beradik.

Jika adik beradik kita yang nasibnya kurang senang ketika mana Allah SWT melimpahkan rezeki kepada kita, bantulah sebaik boleh kerana sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga terdekat.

Gambar Sekadar Hiasan

Anas berkata: “Abu Talhah adalah penduduk asal Madinah. Beliau mempunyai kebun kurma yang banyak. Antara kebun-kebunnya itu, yang paling disukainya adalah kebun Bairuha, yang berdepan dengan Masjid Nabi di Madinah. Nabi Muhammad SAW suka masuk ke kebun itu dan minum air telaganya yang nyaman.“

Kata Anas lagi: Ketika turun ayat suci
‎لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu menafkahkan apa yang kamu sayangi..” (Surah Al-Imran : Ayat 92)

Abu Talhah bangun dan melangkah mendekati Nabi Muhammad SAW lalu berkata: “Wahai utusan Tuhan, Allah menerangkan: “Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu suka menafkahkan apa yang kamu sayangi.

“Percayalah, harta yang paling saya sayang adalah kebun Bairuha. Dengan ini saya sedekahkan kebun saya itu bagi kepentingan agama Allah. Saya mengharapkan kebaikan dan sebagai simpanan di sisi Allah.

“Wahai utusan Allah, gunakanlah kebun itu seperti mana yang Allah beritahu tuan.“

Nabi Muhammad kemudian bersabda: “Sungguh! Kebun itu adalah harta yang banyak keuntungannya. Saya sudah mendengar apa yang saudara katakan. Pada pendapat saya, sebaiknya kebun itu saudara sedekahkan kepada kaum keluarga saudara. Abu Talhah menjawab: Baiklah, wahai utusan Allah, saya akan lakukan itu. Selepas itu Abu Talhah membahagikan kebun Bairuha kepada keluarga dan anak saudaranya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbuatan dan amalan sedekah demi Allah SWT amat digalakkan, tetapi ia lebih elok jika diberikan terhadap ahli keluarga dan saudara mara yang memerlukan bantuan hidup.

Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya