Iqbal Lempar Duit Di Hadapan Wartawan, Saiful Nang tampil bagi nasihat padu “KAYA ITU AURAT DIK”

KAYA ITU AURAT DIK — Salam Dik, Abang memang suka anak-anak bangsa jadi kaya, berjaya dan pemurah. Abang cuma nak share pengalaman Abg sendiri mungkin boleh jadi pelajaran juga.

1. Abg pernah lalui zaman “baru nak kaya” dan perasaan dia memang orang tak kaya tak akan faham. Perasaan dia macam semua benda nak beli dan tunjuk. Masa itu Abg fikir, kalau abg ada apa yang orang lain tak ada, orang akan pandang abg dengan satu penghormatan.

2. Abg dapat kemasyhuran tu. Abg dapat ramai kawan baharu yang merapat tapi sekadar banyaknya lalat menghurung taik dik. Bukan semua tapi ramai. Mereka datang untuk ambil apa kita ada dan tinggalkan telur yang menjadi ulat. Abg semak masa tu. Hari-hari kena kerja mengibas lalat.

3. Abg mula belajar yang kekayaan ialah aurat. Orang tertentu sahaja wajar tahu kita kaya seperti isteri dan ibu bapa kita. Orang lain tu kalau rapat-rapat tu, mereka sekadar tahu kita berada dan bila makan selalu kita yang bayarkan semua bil cukuplah. Yang mana tahu berapa harga jam kau, mereka tahulah. Yang tak tahu, tak mention pun tak mengapa. Dalam kehidupan orang kaya sebenar, peringkat teratas kekayaan ialah “self actualization” — nak mudah faham, jenis beli painting mahal-mahal masa auction dan menang lukisan Piet Mondrian harga 80 juta tapi tak announce dalam newspaper. Itu self actualization namanya. Biasanya, mereka melayani feeling of having it, not the feeling of showing it.

4. Kekayaan kita ni macam aurat. Bila orang tahu, ramai orang datang yang biasanya bukan berniat baik. Abang bagi tips ye, abg tak lama hidup tayang kekayaan sebelum abg mula masuk gua dan buat hal sendiri dan mengamalkan polisi gi-mam kepada apa yang orang lain nak cakap. Hidup aman sikit, Abg nak bawak Honda Cup pun orang tak kisah dah. Jam tangan abg dari Shopee pun orang tak kisah dah. Hidup abg aman. Ini zaman dah tutup aurat kekayaan. Baru hidup aman dari macam-macam gangguan. Bukan gangguan LHDN, itu biasa kalau kau dah berani tayang pasti kau dah declare income.

Cuma yang datang berteritip ni jenis-jenis yang tak jujur. Macam aurat perempuan juga dik. Ada yang cantik bergetah, langsing dan mantap tapi pakaiannya tertutup dan hanya suami dan keluarga sahaja nampak cantiknya. Kurang fitnahnya. Kalau ada yang memperisterikan dia pun, atas dasar akhlak bukan kerana cup dia saiz D. Tapi biasa yang tak cantik mana yang buka macam-macam dan yang tinggal tertutup pun dia ketatkan dan jarangkan, yang kecil pun dipush-upkan sebab nak belanja semua orang.

Mekap juga tebal-tebal kerana semulajadinya tak lah secantik yang dipapar. Kau tahu Abg nak cakap apa kan? Kena buka aurat tu, kalau tutup-tutup nanti kononnya lambat berjodoh. Memang ramai yang hurung, banyak mata melihat tapi matanya melihat seperti lalat menghurung najis. Yang dihurung akan semakin rosak dan akhirnya yang menghurung pula akan tinggalkan macam tu sahaja.

5. Akhir sekali, orang melihat kekayaan sebenar dari kebijaksanaan. Bila bercakap nadanya rendah tapi kebijaksanaannya tinggi walaupun hanya memakai sandal Asadi RM11 dari Tesco. Dik, kau kena tahu kenapa Superman, Batman, Spiderman semua pakai topeng? Kerana kalau tak pakai topeng nanti mereka famous. Bila mereka famous, ramai kerumun macam lalat yang akhirnya bila kau dah tak ada apa-apa, lalat ni akan tinggalkan kau begitu sahaja dengan telur lalat yang akan bertukar menjadi ulat taik.

6. Ini bonus, kalau kaya berlagak kaya itu NORMAL. Kalau miskin berlagak kaya itu BAHAYA. Jika kaya berlagak miskin itu BIJAKSANA. Abg pergi ofis di wisma abg di Bangi dulu pun pakai jeans dan t-shirt. Sementara nak tunggu orang datang appointment nak jumpa abg, pergi kejap menyapu di koridor. Ambil penyapu, sapu sikit. Masa tu abg nampak staff abg semua sibuk-sibuk ada job, abg je lah menyapu. Abg bersihkan kejap, sebab ada orang nak datang. Tengah bersihkan ada orang berlagak datang pakai baju suit macam kau lah dik. Masuk-masuk ke koridor yang abg sapu, abg bagi salam dia tak jawab terus dia tanya “Saya ada appointment dengan En. Saiful Nang. Kasar dia jawab dik. Bila tanya kenapa nak jumpa Saiful Nang, dia angkuh menjawab “itu urusan saya dengan dia, mana boss kamu?”.

Kebaikan juga, bila orang tak kenal kita siapa, kita boleh kenal akhlak orang yang bakal kita nak bekerja bersama. Abg tak payah cerita lanjut apa jadi pada orang tu ye. Dia datang nak propose usahasama dengan kami, tapi perangainya tidak menghormati janitor, maka jangan harap dia boleh hormati orang lain juga. Tapi kalau Abg jenis pakai Breitling, Rolex dan suit RM7k sepasang, mesti dia cakap lain nadanya sekalipun abg betul-betul janitor.

Ada masa kita tunjuk kita siapa, ada masa kita jadi orang biasa-biasa itu lebih bahagia. Kau trigger orang kecam kau nak kahwin orang kaya sebab nak kekayaannya lalu kau tunjuk kekayaan kau pula. Kau dah tewas dengan netizen Mahasuci dik. Kau lambak duit selori pun mereka tetap akan cakap kau scammer, kau ni Macau scam ke, kau ni money laundry lah, jual ICE, jual perempuan, main kuda dan macam-macam. No point layan, kau rasa nak kahwin, kau kahwin jer lah. Tahu-tahu jer dah announce kau kahwin kemudian amalkan polisi gi-mam kepada apa orang nak cakap. Sebaliknya, buktikan jer. Siti Nurhaliza pun kahwin DK pun kena kecam seluruh tanahair, tapi dia buktikan perkahwinan dia steady sampai sekarang kerana beliau mengamalkan polisi gi-mam tadi.

Abg taknak komen kenapa kau punya citarasa pada suit, jam, kucing semua sangat tinggi tapi serenjang pula citarasa jodoh kau pilih DSV, yang tu pilihan peribadi. Cinta tak kenal siapa kata orang. Pandai-pandailah kau handle ye dik.

Last word abg.

Kaya ni premium

Benda premium tak ada di pasar malam yang ramai orang tengok. Sebab tu kau pun tak beli jam ratus ribu tu di Jaya Jusco tapi masuk kedai yang ada pintu tertutup yang akan dibuka kalau kau pakai kasut dan

kemeja berkolar.

Kalau kaya ditayang-tayang sebenarnya itulah miskin.
Kau miskin perhatian sampai kau perlu mengemis perhatian orang dengan menjajanya murah-murah.

Semoga bahagia

SAIFUL NANG

Orang biasa-biasa pakai sandal jenama Amporlo.

Nama jer macam Italian, tapi cap ayam.

kredit: saiful nang

Perkongsian dari Saiful Nang ini berjaya mendapat 7.8k perkongsian, 3.6k komen dan 15k tanda suka setelah 23 jam di muat naik

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen bersetuju dengan pendapat Siful Nang

“Kaya tu sebenarnya bukan banyak duit. Ramai je yang banyak duit tapi masih miskin. Kaya tu apabila kita merasa cukup. Tak kira la duit banyak ke tidak. Macam mana merasa cukup tu? Bila kita boleh memberi tanpa rasa risau akan habis harta kita. Semoga Iqbal dapat jadi kaya suatu hari nanti” tulis seorang netizan

Baru-baru ini, melalui video yang dikongsikan mStar Online, Iqbal mempamerkan barangan berharga yang dibelinya hasil dari kerja kerasnya sendiri.

Iqbal juga menayang 2 ekor kucing yang bernilai RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia telah menghabiskan duit sehingga RM50,000.

Bukan hanya setakat itu, Iqbal juga mempamerkan koleksi minyak wangi dan jam tangan yang dimilikinya. Katanya, jam tangan paling mahal dimilikinya mencecah harga RM1 juta.

Bagaimanapun, Iqbal mengakui bahawa dia bengang kerana sering dituduh mengikis dan mahu menumpang kesenangan Vida.

“Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu. Takkan nak tunjuk… oh ini duit aku, nak tabur macam tu? Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia… untuk syarikat dia!” katanya.

Menjawab persoalan dari warganet yang mengatakan sama ada dia mampu atau tidak untuk menjaga Vida yang sememangya sudah kaya raya, Iqbal mengatakan bahawa dia mampu untuk membeli rumah jutawan kosmetik berkenaan.

“Ala kalau setakat rumah Vida tu saya pun boleh beli. Saya boleh bagi untuk dia dan kena tahu juga saya bekerja dengan Vida saya memecah rekod dengan jualan mencapai RM400,000 sehari.

Dalam wawancara itu, Iqbal yang mungkin marah dengan tuduhan liar warganet, secara tiba-tiba melemparkan duit di hadapan wartawan mStar.

“Saya kena macam ni ke, aku kaya, aku tak nak duit orang. Macam tu, sampai bila saya nak kena buat macam ni (campak duit).

“Saya bukan orang macam ni, saya pun ada maruah. Nak kahwin harta je ke? Saya geram, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tikam saya, cakap saya nak duit. Ini duit saya buat sendiri,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.