4 Cara Nafsu Lelaki Dicabar Oleh Perempuan Tanpa Disedari

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku.

Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?

Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?

Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut?!

Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita.

Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada.

Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?

Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.

Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

4 Cara Nafsu Lelaki Dicabar Oleh Perempuan Tanpa Disedari

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

Jaga-jaga Dengan Lelaki Bernafsu Gila

Assalamualaikum readers. Saya Lina berumur 20an masih belajar di IPTA. Terima kasih banyak2 admin kerana sudi approve confession saya kali ni. Dah banyak kali saya confess kat sini Alhamdulillah semuanya di-approve. Terima kasih sekali lagi admin.

Moga2 confession saya memberikan manfaat kepada semua orang tidak mengira umur, bangsa, agama, mahupun jantina. Saya tidak berniat sama sekali untuk memburukkan mana2 kaum atau jantina. Semua orang sama sahaja. Yang penting, setiap orang perlu berwaspada.

Merujuk kepada tajuk, saya akan mengupas isu mengenai lelaki gila seks. Adakah salah lelaki sahaja? Ataupun salah kedua2 pihak tidak mengira lelaki mahupun perempuan?

Pada pendapat saya, kedua-dua pihak bersalah. Tak boleh nak salahkan satu pihak sahaja sedangkan pihak yang satu lagi tu yang mengundang perkara tidak diingini berlaku. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Barangkali ada monyet yang goyangkan pokok tersebut. Monyet tu siapa? Kaum wanita. Pokok tu siapa? Kaum lelaki. Maaf kalau kasar. Teruskan baca. Saya akan terangkan dengan terperinci.

Kenapa saya kata kaum wanita tu ibarat monyet yang menggoyangkan pokok? Sebab kaum wanita yang mencabar nafsu lelaki. Tak dinafikan ada lelaki yang gila seks asyik fikirkan seks 24 jam sampaikan sanggup melakukan perkara terkutuk. Tetapi, ada juga lelaki yang dah berusaha jaga mata dan kawal nafsu mereka.

kalau dah kaum wanita asyik ‘belanja’ bentuk tubuh badan mereka yang cantik tu, mana tahan beb! Saya perempuan tapi saya faham apa lelaki rasa tatkala melihat keindahan bentuk tubuh wanita. Sedangkan seorang ustaz merogol anak muridnya apa lagi lelaki biasa yang asyik digoda oleh wanita?

Kaum hawa boleh cakap, “eh saya pakai tudung, tu pun kena cabul” . Ya, anda pakai tudung, baju lengan panjang, seluar panjang. Tapi masih belum tutup aurat dengan sempurna sebab tudung tak tutup dada, baju ketat dan tidak menutup punggung, seluar ketat ibarat suit renang. Lelaki mana yang mampu mengelak dari tengok wayang percuma?

Dari segi aurat, kebanyakan wanita islam di Malaysia ni gagal. Gagal tutup dengan sempurna . Tahukah anda, tutup aurat tu berbeza dengan balut aurat. Saya yakin anda semua faham maksud ‘tutup’ dan ‘balut’. Wahai kaum ku, sayangi tubuh badan anda. Jangan mudah2 peragakan bentuk tubuh badan anda di depan umum. Tutuplah aset anda dengan baik.

Zaman sekarang mudah, tak payah keluar dari rumah untuk tengok perempuan seksi. Duduk rumah, ambil telefon bimbit buka facebook, instagram. Berlambak2 gambar wanita cantik yang gemar pamirkan diri sendiri. Bertudung tapi sendat. Nampak bentuk sana sini. Lelaki boleh bayangkan sesuatu disebalik bentuk tu. saiz pun dia tau.

Bila malam menjelma, gambar anda jadi tatapan lelaki sambil main pistol yang tak sabar keluarkan peluru. Tak percaya? Cuba buka instagram nora danish, tasya shila dan artis2 yang seksi, baca komen lelaki kat situ. Menjijikkan! Tak cukup tu sahaja, lelaki tersebut kongsikan gambar anda di group whatsapp lucah. Jadi pula bahan santapan lelaki2. Percuma. Tak perlu bayar untuk dapatkan gambar tersebut. Anda sendiri yang kasi mereka. Dah tu, lelaki kah yang salah?

Ibubapa pun satu, suka sangat tayang gambar anak2 perempuan yang comel di laman sosial. gambar anak perempuan mandi di kolam dengan pakaian yang menjolok mata. Apabila lelaki komen “kecik2 cip*p dah tembam”, anda pulak yang meroyan cakap lelaki tu tak waras, habistu anda sebagai ibubapa waraskah anda ketika upload gambar anak macamtu di laman sosial? Anda harus waspada.

Saya ada menegur saudara saya yang sering membelikan pakaian yang seksi untuk anak perempuannya yang berumur 5tahun. Jawapannya, ” kecil2 la patut pakai seksi nanti dah besar tak boleh pakai seksi dah”. Saya cakap “kecil2 dah diajar seksi, nanti dah besar dia tetap nak pakai macamtu sebab dah terbiasa”. Seperti kes Puteri Balqis, dia ditegur netizen sebab pakai terlalu seksi. Jawapan bapanya sangatlah mengecewakan. Sebagai bapa, anda harus memantau pemakaian anak anda.

Dari kecil la kena mengajar, bila dah besar tiada gunanya lagi. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh,macamna nak lenturkan? Patahlah buluh tu jawapnya.

Dari segi fashion, apa dah jadi dengan designer di Malaysia? Pakaian ala2 muslimah sedangkan ketat, jarang, dan sebagainya. Jangan kerana fashion, anda sanggup masuk neraka. Saya sangat bersimpati dengan seorang saudara baru kita iaitu Ayana Moon yang berasal dari korea selatan. Saya lihat di instagramnya, dahulu dia berpakaian agak menutup aurat. Tudungnya tutup dada. Tetapi sejak dia mah satu jenama fashion di malaysia, dia memakai tudung singkat, baju ketat, dan lain2.

Dia masih baru dalam islam, kita sebagai saudaranya patut bimbing dia untuk menutup aurat dengan sempurna, bukannya menawarkan wang supaya dia berpakaian tidak senonoh.

Setakat itu sahaja leteran saya buat masa ini. Readers baca dan hadam

Tonton juga video ini:


Sumber : orangkampungkita.com via iiumc