Sujud Sahwi : Bila Nak Buat?

“Rasanya aku lupalah nak baca doa qunut tadi. Apa patut buat aku buat ya?”

Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.

Sujud Sahwi : Bila Nak Buat?

HUKUM SUJUD SAHWI

Sesetengah orang tidak lagi mengetahui bagaimana cara untuk mempraktikkan sujud sahwi.

Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa.

Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut atau terlupa rakaat.

Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)

1. Dalil sujud sahwi sebelum beri salam dari hadis Abdullah bin Buhainah,
‎فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ
“Setelah baginda (Rasulullah) menyempurnakan solatnya, baginda sujud dua kali. Ketika itu baginda bertakbir pada setiap kali sujud dalam posisi duduk. Baginda lakukan sujud sahwi ini sebelum salam.” (Sahih Bukhari, Sahih Muslim)

2. Dalil sujud sahwi sesudah salam dan ditutup lagi dengan salam dari hadis Imran bin Husain,
‎فَصَلَّى رَكْعَةً ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ
“Kemudian baginda (Rasulullah) pun solat satu rakaat (menambah rakaat yang kurang tadi). Lalu baginda beri salam. Setelah itu baginda melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian baginda beri salam lagi.” (Sahih Muslim)

Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)

Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat. 

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)

3. Sebahagian ulama’ menganjurkan doa ini ketika sujud sahwi,
‎سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
“Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Zat yang tidak mungkin tidur dan lupa).
[Bacaan sujud sahwi ini di antaranya disebutkan oleh An Nawawi rahimahullah dalam Raudhatuth Tholibiin, 1/116, Mawqi’ Al Waroq]

4. Bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika solat,
‎سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى
“Subhaana rabbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (Sahih Muslim)

Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.

Wallahua’lam.