Tersentuh Hati. Pandai Betul Burung Kakak Tua Ni Baca Surah Al-fatihah.

Burung kakak tua adalah salah satu burung yang mempunyai bulu yang cantik dan berwarna-warni. Spesis burung ini juga pintar dan mencuit hati kerana ia mampu untuk bercakap, menyanyi dan meniru gaya.

Tak hairanlah ada yang sanggup membelinya dengan harga yang sangat mahal untuk burung kakak tua yang sudah dilatih untuk bercakap.

Tersentuh Hati. Pandai Betul Burung Kakak Tua Ni Baca Surah Al-fatihah.

Seperti kanak-kanak, anda harus berhati-hati bercakap sesuatu di hadapan burung ini.

Ucapan kurang enak dan tidak sopan perlu dielakkan kerana jika silap langkah, burung ini akan mengajuk perkataan itu semula dengan nada yang kuat dan berulang-ulang.

Ini kerana pemikiran burung yang menyerupai kanak-kanak ini tidak memahami apa yang diucapkannya.

Tersentuh Hati. Pandai Betul Burung Kakak Tua Ni Baca Surah Al-fatihah.

Video yang dimuatnaik di laman Youtube ini menunjukkan telatah burung kakak tua berwarna hijau sedang membaca surah Al-Fatihah.

Sungguh lancar bacaannya sampai min pun tergelak sambil kagum. Sebab ada orang muslim kat luar sana yang masih tak pandai nak baca surah-surah lazim ni. Buat malu jer.

Seekor burung nuri berasal dari Jordan ini bukan saja mampu berkata-kata malah mahir membaca Al-Quran dengan baik.

Burung yang diberi nama Mudalal ini, mahir membaca tiga surah daripada Al-Quran selepas mempelajarinya selama enam tahun bersama tuannya.

Menurut Hussein al Sawalmeh, beliau membela Mudalal dari usia enam bulan dan amat sayang kepadanya.

“Membesarkan kanak-kanak untuk bercakap dianggap normal tetapi membesarkan burung untuk bercakap dengan jelas ini adalah keajaiban,” katanya.

Kini Mundalal menghabiskan masa untuk belajar membaca ayat-ayat dari Al-Quran.

Apa yang menarik, gelagat Mudalal ini mendapat perhatian dunia termasuk dikalangan bukan Muslim, mereka mengagumi burung berkenaan, ini kerana kebanyakkan burung yang mereka jumpa hanya pandai berkata-kata 2 3 patah perkataan, tetapi Mudalal siap hafal ayat-ayat Al Quran yang panjang.

Sumber dari Islamik Info