Connect with us

#news

Ismail Sabri Beri Satu Berita Baik Bagi Yang Kena Saman Sebab Tak Pakai Mask

Individu yang didapati bersalah atas dakwaan tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam kenderaan akan dibatalkan saman oleh pihak polis.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) mengatakan bahawa keputusan demikian dibuat selepas satu perbincangan dengan pihak polis dan Kenenterian Kesihatan Malaysia (KKM) diadakan.

“Saya dah berbincang dengan pihak polis dengan pihak kementerian kesihatan, pihak polis akan membatalkan saman-saman tersebut.

“Kalau mereka dah pun membayar kepada kementerian kesihatan, mereka boleh menuntut semula bayaran tersebut kepada kementerian kesihatan”, katanya.

Orang Ramai Desak Definisi Tempat Sesak Dan Tempat Awam Dijelaskan Bagi Elak Kekeliruan

Rakyat mendesak untuk membentangkan definisi tempat sesak dan tempat awam dengan jelas bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan.

Bermula 1 Ogos, pelitup muka wajib dipakai okeh individu yang berada di kawasan sesak dan pengangkutan awam.

Ianya bagi mengelakkan dari kluster jangkitan Covid-19 baharu wujud.

Perintah yang dilaksanakan selari dengan nasihat dari pihak KKM itu membuatkan rakyat mendesak definisi tempat sesak dan tempat awam dijelaskan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelitup muka wajib dipakai apabila berada di kawasan orang ramai dan padat seperti pasar-pasar, selain daripada stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.

Selain itu, orang ramai juga boleh memakai pelitup muka buatan sendiri yang dijahit tetapi spesifikasi pelitup muka dibuat itu mestilah sama seperti spesifikasi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat bentangkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluarkan satu garis panduan yang mudah difahami seperti definisi tempat awam dan tempat sesak bagi memudahkan peraturan itu senang diamalkan oleh orang ramai tanpa melanggar arahan.

“Contohnya, ketika dua orang berada di dalam kenderaan dan di jalan raya, adakah mereka berdua harus memakai pelitup muka kerana kenderaan mereka berada di kawasan awam.”

Hal ini kerana, terdapat segelintir pihak yang merungut sebabkan jumlah denda yang mahal dan tidak sejajar dengan kesalahan yang dilakukan.

Ia juga akan menyebabkan kesukaran kepada individu yang mempunyai kewangan tidak stabil. Terdapat juga beberapa pihak yang mula mempersoalkan dimana pelitup muka adalah punca wabak Covid-19 mula merebak semula walhal ianya berpunca dari pesakit luar yang ingkar arahan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya