Connect with us

#news

Isteri Azhar Sulaiman Ambil Tindakan Tidak Puas Hati Pendidikan Islam Anak Dapat B

Perasaan ragu yang menguasai pelakon dan arkitek Azhar Sulaiman atas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya, Andika Rees Pahamin menyebabkan isteri beliau membuat penyemakan semula di Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azhar menyatakan bahawa isterinya, Chempaka Emalin Pahamin berasa kurang puas hati dan firasatnya mengatakan ada kesilapan pemarkahan apabila anak lelaki dia mendapat gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Seperti biasa, untuk kerja-kerja macam ni memang dibuat oleh ibunya.”

“Dia dah soal Rees bertalu-talu kenapa dapat gred B untuk subjek Pendidikan Islam. Rees cakap dia dah jawab dengan sebaik mungkin,”

“Jadi, satu-satunya cara untuk tahu apa yang Rees cakap tu betul atau tidak, maknya sebagai seorang peguam pergilah buat kepastian dan semakan.”

“Saya tak terlibat dalam proses ni jadi tak berani nak komen lebih-lebih takut tersilap cakap,” ujarnya kepada mStar.

Azhar bersama isteri dan anak mereka.

Terdahulu, Azhar Sulaiman berkongsi gambar slip keputusan SPM milik anaknya di akaun sosial Instagram beliau pada hari Jumaat lepas.

Menurut perkongsian itu, anak lelaki Azhar, Rees mengambil lapan mata pelajaran dan memperoleh 7A dan 1B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

“Keputusan SPM Rees telah diperbetulkan. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas pembetulan ini”

Keputusan SPM anak lelaki Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahami

“Keputusan muktamad buat anak kembar tidak seiras saya. Leona 7A & Rees 7A… barulah betul bunyinya,” tulis Azhar pada caption gambar.

Sementara itu, keputusan SPM kembar Rees iaitu Kasih Iris Leona yang memperoleh sebanyak 7A juga dibuat semakan oleh ibu mereka, tetapi tiada perubahan dilakukan.

“Keputusan muktamad buat anak kembar tidak seiras saya. Leona 7A & Rees 7A… barulah betul bunyinya,” tulisnya.

Sumber: mStar

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya