Connect with us

#news

Isu simpan RM250k di rumah, SPRM arahkan Syed Saddiq isytihar harta

SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengarahkan Syed Saddiq, Ketua Pemuda PPBM supaya mengisytiharkan harta kerana isu simpanan RM250k di rumah.

Isu itu timbul apabila Syed Saddiq sendiri yang membuat aduan polis untuk melaporkan kehilangan wang tunai di rumah sendiri yang berjumlah dalam lingkungan RM250k.

Arahan dari SPRM itu diberikan ketika agensi anti-rasuah itu menyiasat kes yang dilaporkan Syed Saddiq di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM berkaitan RASUAH.

“Satu tempoh masa yang lebih telah diberikan kepada beliau untuk melengkapkan butiran pengisytiharaan harta kerana negara di bawah PKP bersyarat,” kata sumber SPRM kepada sidang media.

Tambahnya lagi, PKP bersyarat ini turut menyukarkan usaha SPRM untuk memperoleh butiran dari bank kerana pegawai terpaksa bekerja dari rumah.

“Sehingga hari ini, keterangan telah diambil daripada 3 individu yang berkaitrapat dengan bekas menteri belia dan sukan itu. InsyaAllah, kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan siasatan ini secepat yang boleh.”

Bulan lepas, Syed Sadiq dan 2 individu lain telah dihadapkan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Syed Saddiq telah diarahkan untuk menyerahkan dokumen bank untuk mempercepatkan siasatan kes kehilangan RM250k tersebut.

Sejurus laporan berkaitan kehilangan wang tunai milik ahli Parlimen Muar itu dibuat, agensi SPRM terus melakukan siasatan terperinci.

Syed Saddiq membuat laporan polis pada 29 Mac yang lalu, mendakwa wang yang hilang itu disimpannya dengan rapi dalam peti keselamatan di rumahnya.

Tambah Saddiq lagi, hanya beberapa individu sahaja yang mengetahui kod peti keselamatan itu. Kali terakhir peti keselamatan itu dibuka ialah pada 13 atau 14 Mac lalu.

Syed Saddiq enggan memberikan ulasan lanjut mengenai wang RM250k itu dan sebab disimpan di rumah, termasuk laporan media yang wang itu milik PPBM.

Apakah pendapat anda mengenai tindakan Syed Saddiq menyimpan wang sebanyak RM250k di dalam rumahnya?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya