“Tak payah bukan sungguh pun bantu rakyat n tak berapa bijak pun buang masa.” – Netizen

“Itulah kehidupan its all about. What goes up, maybe must come down, but what goes down now, Insya-Allah, I’ll comeback”

Itu antara kata-kata terakhir bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada kakitangan jabatan perdana menteri (PMO) di Putrajaya seperti video bertajuk amanat terakhir Tan Sri Muhyiddin kepada kakitangan PMO yang dimuatnaik di Facebooknya malam ini.

Kata ‘kemunculan semula’ Muhyiddin itu mendapat tepukan dari kakitangan PMO.

Difahamkan, pertemuan itu diadakan sebelum Muhyiddin menghantar surat peletakan jawatannya kepada yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan, sebagai manusia yang patuh kepada peraturan, tindakannya meletakkan jawatan selaras peruntukan perlembagaan dan menghormati institusi raja apabila tidak dapat lagi sokongan majoriti.

Beliau juga mengakui dirinya mungkin perdana menteri paling pendek tempoh berkhidmat di negara ini.

Bagaimanapun dalam tempoh 17 bulan, beliau merasakan telah berusaha sedaya upaya menangani masalah rakyat ekoran pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19 termasuk usaha mendapatkan bekalan vaksin.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkongsi perbualannya bersama isterinya selepas solat subuh baru-baru ini.

Selepas subuh, duduk sekejap bersama isteri, berbual-bual. She told me, how do you feel? I feel relieve as I PM no more, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sambil menambah prinsipnya hanya patuh perintah Allah.

“Rasuah tak boleh, hukumnya haram. Orang curi duit salah, perompak tak boleh. Saya tegak berdiri atas dasar prinsip undang dan hukum, katanya.

Muhyiddin juga mengulangi apa yang berlaku kepada dirinya kerana ada pihak yang tak menyukainya.

‘Saya rasa lega’ – kata Muhyiddin pada isteri sebelum serah surat letak jawatan

Kemudian, pada hari sama, Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada yang Di-Pertuan Agong setelah hanya 17 bulan mengetuai pentadbiran negara.

Satu rakaman pertemuan itu disiarkan di Facebook semalam, tidak lama selepas istana negara mengumumkan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Menceritakan beban tanggungjawab yang harus digalasnya, Muhyiddin berkata: “Saya kena buat (perkara) betul, bukan pasal saya rasa betul. Tapi (kerana) Allah kata ini yang betul.”

Kamu tidak buat apa yang kamu rasa betul, tetapi kamu buat perkara yang betul – ada bezanya. Kamu mungkin rasa ini adalah perkara betul, tetapi Allah kata ini tidak betul. Saya percaya akan ini.

Soal rasuah tak boleh, sebab hukumnya haram…sebab itu, saya sanggup bercakap apa yang benar walaupun pahit. Jadi inilah prinsip saya.”

‘Saya akan kembali’

Mengakui yang jawatan bukanlah suatu yang kekal, Muhyiddin secara berseloroh berkata dia mungkin hanya akan disebut dalam nota kaki sejarah:

“Disebut) pernah ada seorang perdana menteri ini, nama dia Muhyiddin Yassin (atau) Mahiaddin Yassin, menjadi perdana menteri ke-8. Mungkin dia punya bab itu kecil saja, pasal saya tak lama kan.

“Tapi saya rasa patut berbangga kerana kita sudah cuba. Ini soal prinsip. Saya harus beritahu, ini penting. Buat apa yang Allah kata betul. Lawan kejahatan, itu pokoknya,” tambah Muhyiddin.

Antara komen2 netizen:

“Tak payahlah… cukup 17 bulan memperkenalkan sikap talam dua muka kau din… jadi pm pun dengan sokongan orang yg kau gelarkan kleptokrat, tp bila dah jatuh cakap taknak kleptokrat. Ha ha ha… orang gelar kau bapa prihatin, apa yg perhatinnya? Ada sesiapa fan midin yg boleh jawab tak. Midin ni prihatin tang mana?” – Ahmad Rafaie Bin Basir

“yg ckp mahiadin ni prihatin kebnyak kn nye pompuan…menjadi betul drama airmata mahiadin aritu…” – Azam Ahmad

“Tk ada masalah janji jngn PH n Anuar sudah” – Asmizan Izan

“Tak payah bukan sungguh pun bantu rakyat n tak berapa bijak pun buang masa.” – Aminah M Lang

“Bukan salah dia pun tapi salah umno, dengar sangat cakap umno nak jatuhkan dia mcm2 cara umno buat siap nak sokong dap” – Rohaizal Abd Rahim

Dia turut mengimbau ketika memberi makluman kepada pegawainya selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 2015 oleh perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

“Selepas ditendang saya keluar, (saya) balik ke pejabat tpm.

Tak lama saya duduk. Saya cakap, maaf, kita kena berkemas. Saya baru jumpa Najib, dia pecat saya.

“Saya ambil satu novel. Saya tak ada rahsia di dalam laci saya, tak ada surat-surat. Kami kemas cepat, sebab kami tahu kami tak ada buat apa-apa yang salah.

Hari ini, begini lagi…kehidupan memang beginilah. Yang naik ke atas, mungkin turun ke bawah. Tetapi yang turun ke bawah, Insya-Allah, saya akan kembali, katanya disambut tepukan.

Terdahulu, Muhyiddin berkata dia menjadi perdana menteri dalam waktu yang sukar, di tengah penularan ᴄᴏᴠɪᴅ-19, sehingga pentadbirannya dikatakan gagal mengawal wabak berkenaan.

Saya mungkin perdana menteri paling pendek memegang jawatan. Saya kira saya telah buat apa yang saya fikir diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat jelata, menentukan mereka ada makanan di atas meja, dan nyawa mereka selamat.

“Ini adalah aspek-aspek kehidupan yang penting sesebuah negara. Saya fikir, mungkin Allah mengangkat saya ke darjat ini untuk tujuan itu agaknya.

Sekarang Alhamdulillah, di penghujung perjalanan yang saya hadapi hari ini, kita dah lihat, usaha yang saudara-saudari telah buat bersama saya di PMO ini, apa lagi seluruh penjawat awam di semua peringkat negara kita, saya rasa kita sudah mengecap sedikit kejayaan, katanya.

Di kala sesetengah negara masih lagi bergelut untuk mendapatkan vaksin, kata Muhyiddin, kadar vaksinasi di Malaysia adalah luar biasa dan negara mempunyai stok yang lebih daripada mencukupi.

Jelas merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib, dia menegaskan bahawa ada pihak yang gila kuasa ketika rakyat sedang dilanda kesusahan.

‘Kami dah cuba, tapi susah’

Bercakap mengenai kesusahan yang dialami rakyat, Muhyiddin mengimbas waktu dia mengagihkan bahan makanan di kawasan parlimennya, Pagoh di Johor. Dia mengakui berasa bertanggungjawab atas situasi berkenaan.

“Tak pernah saya lihat Malaysia ini susah sebegitu rupa. Saya turun bekalkan ayam, daging, ikan, sayur, yang mana saya tak pernah lakukan sepanjang karier sebagai ahli parlimen Pagoh.

“Saya edarkan ribuan agihan makanan segar ini. Kenapa? kerana dia dah tak ada duit lagi, nak makan pun tak ada.

“Saya rasa bertanggungjawab kerana saya perdana menteri. Tetapi kalau kata saya yang bertanggungjawab kerana saya tak buat apa-apa, itu tak betullah. Kami sudah cuba, tetapi ia sukar

“Lockdown tak berhenti-henti sampai sekarang. Saya tak tahulah, saya dah lupa berapa kali lockdown … ada orang kata (lockdown) kurang berkesan, tapi ia mempunyai kesan dalam menyelamatkan nyawa.

Menyentuh soal keputusannya untuk melonggarkan sekatan, kata Muhyiddin, pada hujung tahun ini, semua sektor ekonomi akan beroperasi.

“Jadi hanya satu tahun kita bergelut, tetapi dalam satu tahun itu juga kita membuat pencapaian. Ada rekodnya.

Ini saya terpaksalah mendabik dada sikit, pasal tak ada orang nak puji saya pun, dan saya tak minta mereka memuji saya.

Pasal kita tahu apa yang kita buat, tak pernah abai ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ini sejak awal lagi kita hadapi sampai sekarang.

“Jemaah menteri dan kerajaan yang saya bentuk, selama ini, tak ada apa yang menjadi tumpuan selain) ᴄᴏᴠɪᴅ, ᴄᴏᴠɪᴅ, ᴄᴏᴠɪᴅ, ᴄᴏᴠɪᴅ…siang malam.

“Jadi apabila orang kata kami tidak melakukan apa yang kami patut lakukan, saya rasa mereka silap, katanya lagi.

 

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.