Lepas tumbangnya kerajaan PN, ini arahan terbaru dari Istana kepada MP

Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya. Ahli-ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan akuan secara bertulis.

Surat itu mesti disahkan sebagai benar.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kepada semua anggota parlimen pagi ini, atas titah Yang di-Pertuan Agong.

“Adalah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat sebagai perdana menteri.

“Pada pelaksanaan titah perintah Kebawa Duli Yag Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada yang berhormat untuk menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh yang berhormat untuk menjadi perdana menteri yang kesembilan,” kata Azhar melalui notis tersebut.

Jelas notis itu lagi, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format yang tertentu, namun ia perlu mempunyai butiran-butiran berikut:

  • Identifikasi anggota parlimen secukupnya.
  • Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat.
  • Tandatangan.
  • Tandatangan atau cop rasmi saksi (sama ada seorang peguam bela atau peguam cara, pesuruhjaya sumpah, notari awam atau jawatan yang setanding bagi yang berhormat yang berada di luar negara) dan tarikh surat akuan.

“Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di dalam kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 di Istana Negara,” katanya.

Tegas Azhar, perlu dijelaskan mana-mana surat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira.

“Ahli-ahli parlimen diingatkan supaya menjaga kerahsiaan surat akuan tersebut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara ini,” katanya dalam notis pemberitahuan yang dilihat Malaysiakini itu.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.