‘Memang Benar Saya Dan Suami Telah Berpisah’ – Mas Anizan Akhirnya Mengakui

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik jelita ini walaupun sudah berusia 50an. Tidak banyak kisah beliau yang dikongsi dengan umum, sama ada dari kisah peribadi atau kerjaya seninya.

Bukan sengaja berahsia, sebaliknya bekas model dan pelakon popular pada tahun 1990-an, Mas Anizan, 48, memilih untuk menyimpul rapi kisah peribadinya sejak menjadi artis lebih dari 3 dekad yang lalu.

Bagi pelakon yang diperkenalkan melalui drama Sesat Dalam Cahaya pada tahun 1990, kehidupan peribadi adalah hak privasi dan tidak perlu dikongsi dengan orang ramai.

Sejak dulu lagi, pendirian sikapnya tetap teguh untuk tidak berkongsi masalah peribadi terutama kisah rumah tangga. Tetapi, kali ini, Mas Anizan bagaikan hilang kata-kata apabila kisah perceraiannya terbongkar .

Perkahwinan ke-2 dengan seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang dibina selama 9 tahun lalu gagal bertahan dan diselamatkan. Sudah menjadi ketentuan takdir, jodoh mereka tidak bertahan kekal hingga akhir hayat.

Menerusi Kolum Desas-Desus, sisipan B*POP, Ahad lalu, kisah perceraian wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu terungkap apabila bayangan ahli perniagaan tersebut tidak kelihatan pada majlis perkahwinan anak sulungnya, Mas Aliza, baru-baru ini.

Ini sekali gus menimbulkan spekulasi, lebih-lebih lagi, kisah perceraian Mas Anizan dengan ahli perniagaan tersebut pernah diperkatakan sebelum ini.

Bagi pelakon drama Sara Sajeeda dan Hati Yang Dikhianati itu, tidak ada apa lagi yang perlu diselindungkan dan disembunyikan.

” Memang benar, saya dan bekas suami telah berpisah. Apa yang terjadi sudah pun berlalu.

” Sejujurnya, saya menerima ketentuan takdir dengan hati yang tenang,  redha dan sabar.

” Saya anggap jodoh kami tidak panjang hingga ke akhir hayat. Saya selalu percaya soal jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi.

” Persoalan kenapa dan mengapa, biarlah ia menjadi rahsia yang tersimpan kemas. Seperti yang diketahui ramai, saya tidak selesa untuk berkongsi soal peribadi terutama kisah rumah tangga sejak dari dulu lagi.

” Bagi saya, kisah peribadi lebih baik tidak menjadi bahan tatapan orang ramai. Walaupun saya seorang selebriti, tidak semua perkara saya boleh kongsi, itulah prinsip yang dipegang sejak zaman muda lagi.

” Ada beberapa perkara perlu disimpan dan dilindungi sebagai hak peribadi. Lagipun, saya harus menjaga hati banyak pihak lebih-lebih lagi anak-anak dan ibu,” katanya kepada BH Online.

Wanita yang dilahirkan di Teluk Intan, Perak itu menafikan bahawa ia salah satu sebab dirinya tidak pernah mendedahkan identiti bekas suaminya sehingga mereka berpisah pun tidak ada siapa pun yang tahu.

” Semua tindakan dilakukan tentulah bersebab. Saya tidak selesa kehidupan peribadi dan keluarga saya terlalu terdedah dan terbuka pada pengetahuan umum.

” Saya akui, anak-anak adalah pendorong semangat saya. Mereka selalu ada di sisi ketika dalam suka dan duka saya.

” Sejujurnya, hubungan saya dengan bekas suami masih baik kerana kami mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ariana Marissa yang kini berusia 7 tahun. Lagipun, bekas suami tetap ayah kepada anak saya,” katanya.

Mengulas mengenai serik berkahwin lagi, Mas Anizan mengatakan perkataan serik tidak wujud dan tidak ada dalam kamus hidupnya.

” Namun, saya tetap berhati-hati. Sebagai orang dewasa, tiada apa yang saya harapkan melainkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup bersama dengan anak-anak.

” Namun, saya tidak mampu menolak kehendak takdir jika bertemu jodoh lagi. Sudah tentu, saya berharap seorang lelaki beriman yang dapat membimbing dan membawa saya ke syurga,” katanya,

Ditanya mengenai perkembangan terkini, Mas Anizan mengatakan bahawa beliau sedang menjalani penggambaran drama Hati Yang Dikhianati diterbitkan oleh Global Station yang sebelum ini tertunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung pula dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

” Alhamdulillah, saya dapat kembali bekerja setelah hampir 5 bulan berkurung di rumah. Saya anggap ini adalah rezeki anak-anak,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.