Bella Mangsa Dera: JKM Sita Rumah Kebajikan, Lucut Hak Jagaan

Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Kisah menyayat hati ini telah mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja malang ini.

Pusat kebajikan Rumah Bonda telah dilucutkan hak penjagaan ke atas 6 kanak-kanak termasuk mangsa, Bella.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh berkata, semua kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah pusat kebajikan yang dikendalikan oleh JKM.

“Pelindung Unit Kanak-Kanak sudah mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan kendalian wanita bujang berusia 28 tahun itu,” katanya.

Berdasarkan siasatan, hanya Bella yang berusia 13 tahun mempunyai kesan dera, sementara 5 kanak-kanak yang lain tiada sebarang tanda.

Che Samsuzuki berkata, wanita berkenaan mendakwa bahawa Bella sukar mendengar kata dan degil ketika membuat pengakuan kepada JKM.

“Dia mendakwa Bella kerap mengacau adik yang lain dan kesan parut pada tangan kanak-kanak itu akibat tumpahan air panas..

“…selain Bella didakwa akan mengopek keruping luka dan menyebabkan ia sukar sembuh,” ujarnya.

Tambah beliau, Rumah Bonda milik badan bukan kerajaan (NGO) disita hari ini setelah beroperasi secara haram sejak dari 2019 lagi selain tidak didaftarkan dengan JKM.

Selain itu, pihaknya juga akan menguruskan penempatan 19 wanita hamil berusia 18 hingga 33 tahun yang menjadi penghuni di situ.

Sehingga kini, kisah Bella menjadi perhatian warganet selepas beberapa siri pendedahan yang luluh hati melihat keadaan fizikalnya akibat didera sehingga mewujudkan tanda pagar #justiceforBella demi keadilan sewajarnya untuk remaja berkenaan.

Hingga kini, kisah Bella telah menarik perhatian netizen setelah serangkaian pendedahan yang memilukan melihat keadaan fizikalnya kerana diganggu, mewujudkan hashtag #justiceforBella demi keadilan bagi remaja itu.

Menurut sumber, Bella yang berusia 13 tahun ini sudah mendiami pusat kebajikan itu sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, Fizo Omar menerusi kapsyen di Instagram memaklumkan, kes penderaan terhadap Bella dikatakan sudah dilaporkan sejak 24 Jun yang lalu dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut. Dalam pada itu, dia berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap si pelaku.

Anak malang tersebut pada asalnya menghuni Taman Sinar Harapan Seremban (TSHS) di Negeri Sembilan, sebelum diambil sebagai anak angkat oleh sebuah rumah kebajikan tahun lalu

 

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.