‘Cerita Dan Drama Smpah, Diorang Berkahwin Ke Tak, Bukan Diorang Yang Bayar Hutang Bank Kita’ – Izwan Azir Saleh

” Takkan mentaliti kita tahap itu saja?”

Itulah respon penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh yang berharap agar orang ramai yang terhibur dengan kisah ‘sampah’ yang dibawakan Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli supaya berhenti mengambil tahu mengenai kisah peribadi mereka.

Izwan menyifatkan cerita yang disensasikan mereka tidak memberi manfaat sebaliknya merosakkan fikiran orang ramai.

” Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia itu, ketahuilah mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu dengan Caprice atau Floor 88, mereka tidak letak nasi dalam pinggan kita.

” Mereka juga tidak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik (liputan), kita dapat apa? Otak makin layu,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Menurut Izwan, dia juga menyeru agar pihak media berhenti mengangkat drama membabitkan Vida dan Iqbal yang seakan tidak berkesudahan.

” Saya minta sangat kepada media-media tertentu supaya hentikan drama Iqbal dan Vida ini.

” Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021. Takkan mentaliti kita tahap itu saja?

” Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual dan dijaja.

” Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?,” tulisnya.

Terdahulu, kisah tarik tali antara usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum menemui titik noktah apabila isu antara mereka semakin meleret sejak beberapa hari lalu.

Semuanya gara-gara tindakan Vida yang datang ke kediaman Iqbal pada pukul 3 pagi untuk menghantar sebentuk cincin kepada lelaki itu.

Vida kemudian tampil mempertahankan diri dengan menjelaskan tujuan sebenar dia datang bertemu Iqbal hanyalah untuk menyelamatkan Iqbal yang sudah disihir.

Selepas memuat naik video penjelasan beberapa jam lalu menerusi Instagramnya, perkongsian Vida menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak dapat menahan ‘muak’ gara-gara rentetan isu tersebut yang belum berkesudahan.

Ruangan komen dibanjiri reaksi daripada netizen yang meminta usahawan itu berhenti memanjangkan isu berkenaan memandangkan Iqbal sendiri sudah menjelaskan bahawa dia tidak disihir, sebaliknya cuma penat.

Selain netizen, isu berkenaan turut mendapat perhatian ahli perniagaan Engku Emran yang meninggalkan komen gurauan sinis agar platform penstriman Netflix menawarkan usahawan itu untuk menerbitkan kisah hidupnya.

” Saya harap satu hari nanti Netflix akan tawarkan untuk buat kisah sebenar tentang hidup Datuk Seri yang penuh dengan komedi.

” Banyak pahala Datuk Seri menghiburkan kami selama ini. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan,” tulis suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila itu.

Komen Engku Emran menerima lebih 150 tanda suka daripada netizen yang tidak menyangka lelaki itu juga mengikuti perkembangan kisah antara Vida dan Iqbal.

Tidak ketinggalan, pelakon Nad Zainal turut mencuit hati netizen apabila meninggalkan komen berbaur lucu.

” Datuk Seri, Facetime dan panggilan video kan ada?” soalnya ringkas.

Terdahulu, Vida dan Iqbal merancang mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi berdepan pelbagai konflik seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan sebagainya.

Tidak setakat itu, Iqbal turut memberitahu hatinya sudah tawar dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida.

Sumber:hmetr0 dan k0smo

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.