Connect with us

#celeb

Jadilah Khinzir, Tenuk Kalau Tak Pandai Bagi Nafkah Anak – Rita Rudaini

Model dan pelakon Rita Rudaini tampil memberi peringatan bahawa kecanggihan teknologi zaman kini memudahkan untuk melakukan urusan, kepada Dr Che Hafiz iaitu bekas suami Lufya Omar, untuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan memberi nafkah kepada Laana Haura, anak perempuannya.

Tambah Rita, Dr Che Hafiz harus melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik.

“Hidup di zaman canggih moden ni macam-macam cara dan cabang nak bagi nafkah kat anak. Nak bagi dengan tak bagi ja. Tapi jangan la berdrama kata bagi sebenarnya hado.”

Kata Rita, tanggungjawab sebagai bapa haruslah dipikul dan jangan diabaikan walaupun tengah mengisi masa lapang bergembira di luar sana.

“Tanggungjawab sebagai bapa ni tak perlu kena pi bayar masuk koleh belajar. Kalau rasa diri tu manusia, jadi la sebagai seorang manusia.

Pelakon itu juga dikatakan seperti perli bekas suami Lufya Omar agar dia sedar akan kesilapannya jika tidak menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Kalau tak reti tanggungjawab, jangan jadi manusia. Tukar la jadi tapir ka, tenuk ka, khinzir ka.”

Untuk makluman, pada tahun 2008, Rita Rudaini mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan dan bercerai pada tahun 2013.

Sewaktu penceraian berlaku, berbagai kontroversi menimpa Rita dan Aidil termasuklah tuntutan nafkah.

Pada 14 Disember 2013, Rita Rudaini memfailkan tuntutan RM102,000 sebagai nafkah tertunggak selama 20 bulan merangkumi perbelanjaan makan minum, kos bayaran rumah, pakaian, pengangkutan dan barang asasi lain.

Dalam ringkasan penghakimannya, beliau berkata, mahkamah memutuskan pelakon itu hanya layak mendapat 19 bulan kerana mereka sah bercerai pada Ogos 2013.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak membayar RM68,530 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar.

Sepanjang mereka berkahwin, mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Airit Rayyan Rizqin dan juga Airit Qaqa Arjuna.

Jadilah Khinzir, Tenuk Kalau Tak Pandai Bagi Nafkah Anak – Rita Rudaini

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya