‘Kalau Tokti Memang Layak Pakai’ – Bergaya Dengan Jam Tangan Bernilai Jutaan Ringgit, Rupanya Siti Nurhaliza Antara Wanita Terkaya Malaysia

” Dia layak memakainya.”

Demikian reaksi wargamya terhadap video yang tersebar menunjukkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan menggayakan seutas jam tangan bernilai lebih RM1 juta ringgit ketika menghadiri satu pertunjukan fesyen di ibu negara, semalam.

Rakaman vdeo yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok itu menunjukkan Siti melambai tangannya dan kelihatan jam tangan mewah bertali merah dipakai dipergelangan tangan kanannya.

Melalui perkongsian berkenaan, pemilik akaun tersebut turut berkongsi gambar jam berjenama Richarcd Mille yang dipakai penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu bernilai RM1.1 juta.

Biarpun isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu memakai barangan mewah, beliau tidak sedikit pun dilemparkan dengan kata-kata negatif daripada wargamya.

” Dia layak dan mampu, hasil usaha dia jugakan. Bertahun-tahun menyanyi.

” Siti ialah satu-satunya artis yang paling merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dia kaya. Hormat dengan cayanya,” puji seorang peminatnya.

Sementara itu, turut menarik perhatian wargamya adalah komen dari Iqbal Zulkefli, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang memberitahu bahawa Richard Mille juga antara jenama mewah kegemarannya.

” Siti memang sudah lama memakai jam tangan berharga ratusan dan jutaan ringgit. Ini antara jenama kegemaran saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Kosmo! pada 12 Januari 2009 pernah melaporkan secara eksklusif Siti menerima seutas jam tangan mewah berjenama sama bernilai RM250,000 daripada suami tercinta sempena ulang tahun kelahirannya ke-30.

Siti Nurhaliza dikatakan wanita ke-3 terkaya di Malaysia

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza, pasti semua mengenalinya tidak kira usia muda, tua mahupun kanak-kanak.

Kariernya bermula pada tahun 1995 setelah memenangi Bintang HMI terbitan RTM dan sejak itu namanya terrus meningkat gemilang dan terbilang.

Kini Siti bukan saja bergelar penyanyi tersohor malah merupakan ahli perniagaan berjaya dengan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan SimplySiti.

Memetik artikel beautifulnara bertarikh 17 Februari 2015, di mana Savemoney.com telah membuat artikel mengenai lima wanita terkaya di Malaysia dan Siti disenaraikan sebagai wanita ketiga terkaya di negara ini dengan anggaran aset sebanyak RM 50 juta.

Fuhh, sekiranya betul, tujuh keturunan makan tak habis tu. Siti telah menerima lebih 200 anugerah tempatan serta dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara.

Menurut artikel itu juga, wanita terkaya di Malaysia ialah Puan Seri Lee Kim Hua, balu pemilik empayar Genting iaitu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dengan jumlah aset RM21.32 bilion.

Kedua ialah Datuk Seri Michelle Yeoh, pelakon yang terkenal dengan filem Crouching Tiger Hidden Dragon dengan anggaran kekayaan sebanyak USD 245 juta.

Wanita Malaysia keempat terkaya ialah bekas Miss Malaysia 1969, Pauline Chai yang menerima RM244,568 dari harta bekas suaminya setiap bulan yang merupakan seorang taikun United Kingdom, Dr. Khoo Kay Peng, bernilai RM2.3 bilion.

Wanita kelima terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David dengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

Bangga bila ada wanita Melayu yang berjaya jadi puluh jutawan dan diiktiraf begini, apa lagi dalam industri hiburan.

Semoga Datuk Siti kekal berjaya dan dimurahkan rezeki dan menambah rezeki lagi. Mungkin berkat kemurahan hatinya selama ini. Tahniah.

Sumber:k0smo dan beautifulnara

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.