“Dah La Langgar Sop, Lepas Tu Upload Plak Foto Di MedSos” – Polis Siasat Dakwaan Jamu Anggota Pada Hari Raya

P0lis menj4lankan si4satan berhvbung d4kwaan bek4s pegawai kanan p0lis mel4nggar pr0sedur 0perasi standard (S0P) Aidilfitri seperti ditul4rkan di m3dia s0sial sejak semalam.

Bekas pegawai kanan itu berk0ngsi gambar yang menvnjukkan ahl1 keluarga serta beberapa angg0ta polis men1kmati j4muan hari raya di Faceb0ok (FB).

Ketua P0lis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, satu lap0ran p0lis dibuat terhadap ins1den berkenaan.

“Si4satan dijalankan meng1kut Per4turan 17 P.U (A) 225/2021 kerana mel4nggar S0P Per1ntah K4walan Perger4kan (PKP).Jika s4bit kesal4han k0mpaun RM10,000 boleh dik3nakan ke atas pemilik rumah dan RM2,000 ke atas pengvnjung.

“Kertas si4satan akan dirujuk ke Timbalan Pend4kwa Raya dalam kadar segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharudin berkata, perk0ngsian lelaki itu juga turut ters3bar di Twitter. Beliau memaklumkan bahawa bek4s pegawai kanan itu bers4ra pada 2007 dan jaw4tan ter4khir adalah Timbalan Pengarah di Bukit Aman.

Menurut perk0ngsian bekas pegawai itu di FB, p0lis mel4kukan pem3riksaan berikutan terdapat enam kereta di hadapan rumahnya.

“P4sukan per0nda yang meny3lia dan mem4ntau S0P menj3nguk rumah kami untuk membuat pemer1ksaan. Mereka dapati anak-anak yang tinggal dalam daerah ini juga balik dari semalam lagi.

Jaga-Jaga! Lepas Selipar, Polis Akan Pantau Posting ‘Raya’ Di Media Sosial Pula!

Pemeriksaan sempena perayaan Aidilfitri kini tidak hanya tertumpu di sekatan jalan raya semata-mata.

Ini kerana polis akan turut memantau ‘posting’ atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhammad Mat Yusop berkata meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini.

“Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin masyarakat akan kunjung-mengunjung, jadi hari ini pasukan pemantau ditambah untuk melakukan pemeriksaan di sekitar taman-taman perumahan dan sempadan daerah di negeri ini.

“Kalau pasukan menerima ‘posting’ gambar-gambar tertentu yang menunjukkan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) tindakan akan diambil,” katanya.

Muhammad juga berkata hasil pemantauan di beberapa masjid utama di negeri ini, pihaknya mendapati pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya hari ini mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP.

Terdahulu, Polis Kedah akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak untuk mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri ini.

Kompaun terus sesiapa langgar SOP, tiada beza rakyat atau kayangan

Putrajaya: Polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan.

“Oleh kerana banyak isu berkaitan seolah-olah ada perbezaan antara ‘kayangan’ dengan bukan ‘kayangan’ dan walaupun ada tindakan dilaksanakan kepada yang dianggap ‘kayangan’ dan dikenakan kompaun, namun tidak dilakukan ‘on the spot’ (serta merta).

“Kita berpandangan sesiapa sahaja terutama membabitkan VIP seperti selebriti dan ahli politik, kalau didapati ada pelanggaran SOP, pihak polis perlu keluarkan kompaun terus, tidak perlu tunggu sehingga berminggu-minggu untuk mendapatkan keputusan daripada Jabatan Peguam Negara dan sebagainya kerana di dalam akta, mereka boleh mengeluarkan kompaun di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, tiada individu sama ada yang berstatus kenamaan atau rakyat yang kebal daripada tindakan undang-undang.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, meskipun negara kini dalam tempoh darurat kesihatan, pelaksanaan PKP 3.0 memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatur strategi sekiranya jumlah pesakit Covid-19 meningkat secara mendadak.

Beliau berkata, sehingga kini, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) mencecah 500 dan menjangkakan jika kes meningkat secara mendadak pada akhir bulan Mei atau pertengahan Jun, KKM memerlukan lebih 1,700 katil ICU bagi menampung jumlah pesakit.

“Dengan menggunakan ordinan darurat ini, kita boleh tangguhkan pilihan raya umum, pilihan raya kecil atau pilihan raya regeri (PRN). Kita lihat implikasi PRN Sabah.

“PKP 3.0 dilaksanakan untuk membantu KKM dan supaya rakyat boleh duduk di rumah bagi mengawal wabak ini dalam tempoh dua atau empat minggu,” katanya.

Sumber: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …