Connect with us

#viral

“Jangan Malu Naik M0tor” Baru Mula Kerja, Bergaya Ikut Kemampuan

Apabila anak muda menceburi dunia pekerjaan, majoritinya akan memandang kereta sebagai sasaran utama apabila mendapat gaji.

Apa yang terkandung dalam pemikiran mereka mungkin beranggapan bahawa memiliki kereta akan mendapat lebih keselesaan dan ada gaya.

Tetapi realitinya bukanlah seindah itu. Untuk makluman, jika kita membeli kereta ketika permulaan kerja hanya akan menambah beban kita dalam segi kewangan?

‘Jangan Malu Naik Motor‘ apabila mula bekerja, ikut kemampuan diri. Namun ada juga sesetengah anak muda mampu untuk bergaya mengikut kemampuan diri walaupun baru mula bekerja.

Ada juga mereka yang mindanya sudah terpengaruh dengan ayat ‘ada kereta barulah nampak class dan mewah‘.

Disebabkan itulah ramai anak muda zaman ini sanggup menanggung beban hutang di bank semata-mata untuk membeli kereta pertama mereka biarpun hakikatnya masih tidak mampu dalam bab menguruskan hal kewangan, kadang-kadang cukup makan sahaja.

Persoalannya, adakah kereta merupakan satu keperluan bagi anak muda? Kenapa tidak menggunakan kenderaan yang lebih jimat dan murah dari segi ‘maintenance‘ seperti motorsikal?

Disini, Azizul Azli Ahmad selaku pakar pengurusan wang kongsikan 10 Tips Orang Muda Bijak Urus Duit, Guna Motorsikal Sebagai Kenderaan Utama Serta TIDAK Beli Kereta Dulu.

1. Dik mula kerja jangan pasang impian beli kereta gaji pertama. Belajar naik motor atau LRT saja dik.

2. Malu memang la malu, bila hujan duduk bawah jambatan dik. Tapi sekurangnya kita jujur bergaya ikut kemampuan kita.

3. Jangan ingat yang pakai kereta hebat tu banyak duit dik, ada yang makan pun mintak kawan belanja. Belum hujung bulan duit dah tak ada.

4. Hutang mereka besar dik, kalau pakai City lagi dahsyat dik. Bayar bulan RM856 selama 9 tahun.Kalau hutang EX5 baru RM250 itupun cuma 2 tahun dik. Dah ada anak nanti boleh bawak naik motor petang petang makan angin.

5. Kalau perut dah boroi, isteri peluk kita tak sempat sampai pusat dik. Romantik namanya dik naik motor nie.

6. Tebal muka sekarang takper dik, dari tebal hutang. Motor boleh jimat banyak benda, cuma kalau berlanggar mungkin tak selamat.Kalau jodoh tak kemana dik, jangan risau

7. Setakat malu jer dik jangan risau, Beboi Iman tak malu pun ambik duit orang. Inikan kita baru mula kerja mengada nak beli kereta.

8. Selagi tak kahwin jangan beli kereta, kalau mak nak tumpang jalan jalan bukan setiap hari. Kalau mak nak juga sewalah kereta yang ada, lagi mahal dari City pun boleh. Audi kan ada!

9. Kalau risau muka hitam naik motor jangan risau dik, Qu Puteh kan ada ( jangan percaya sangat produk putih nie, pakai bedak pun boleh )

10. Belajar tebal muka naik motor, buat simpanan tebal tebal dalam ASB atau Tabung Haji. Azam beli rumah pertama kecil dan sederhana.

Gegadis bijak lagi suka kita ada rumah dari kereta dik, mereka senang nak gubah bunga dan beli barang IKEA.
Semoga berjaya dan jadi hebat dik.

10 tips yang cukup padat dikongsikan oleh Azizul Ali Ahmad yang boleh kita amalkan dan pelajari. Buat anak muda yang baru mula menceburi dunia pekerjaan, berlaku bijaklah anda dalam menguruskan wang.

Tidak salah untuk anda berhutang tapi berpada-pada. Jangan sampai anda sanggup ikat perut demi mendapatkan kemewahan. Hidup tidak mewah pun tak mengapa, yang penting hidup jangan dikelilingi oleh hutang.

Oleh: Azizul Azli Ahmad.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya