Connect with us

#news

Jangan Sembarangan Hentam Rohingya, Tak Semuanya Jahat

Published

on

Jabatan netizen apa komen anda,

Jabatan netizen apa komen anda,

Tiada sesiapa pun yang menginginkan perairan menjadi kuburan. Namun, pandemik C0VID19 yang melanda dunia membuatkan situasi menjadi lebih buruk apabila tiada satu negara pun berani membuka pintu menerima kapal pukat tunda yang membawa beratus-ratus pelarian etnik Rohingya. Maka, mereka kini terumbang-ambing dan berlegar di lautan.

Jangan Sembarangan Hentam Rohingya, Tak Semuanya Jahat

Topik etnik Rohingya menjadi isu paling banyak diperkatakan netizen apabila tersenarai dalam 5 carian paling popular di Google Trends.

Bermacam-macam respon dan kebencian dipromosikan di laman sosial agar kita menolak habis-habisan etnik ini. Kegagalan kita memahami masalah Rohingya membuatkan kita mempercayai segala sentimen dan prejudis yang dicipta secara membuta tuli.

Jangan Sembarangan Hentam Rohingya, Tak Semuanya Jahat

Hanif Mahpa, seorang guru yang mengajar di Pusat Pembelajaran Pelangi Kasih, iaitu pusat pendidikan dan sokongan kepada anak pelarian Rohingya kelolaan badan bukan kerajaan Human Aid tampil memberikan penjelasan mudah mengenai isu perlarian Rohingya semasa pandemik C0VID19 ini.

“Kita perlu lihat isu Rohingya yang sedang viral ini melalui dua perkara. Pertama, isu etnik Rohingya yang berada di Malaysia. Kedua, isu etnik Rohingya baru nak masuk ke Malaysia,” katanya.

Tolak sentimen

Melihat kepada keadaan penularan C0VID19 hari ini, sebab relevan yang boleh difikirkan mengapa Malaysia tidak membuka pintu kepada etnik ini adalah disebabkan oleh faktor kesihatan awam dan keselamatan rakyat Malaysia.

Sentimen dan kebencian seperti di promosikan di laman sosial bukanlah faktor yang menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia menutup pintu sempadan, menghalang etnik ini mencari perlindungan di negara kita.

Jangan Sembarangan Hentam Rohingya, Tak Semuanya Jahat

Jangan Sembarangan Hentam Rohingya, Tak Semuanya Jahat

Bukan itu sahaja, malah sepucuk surat dikeluarkan oleh Myanmar Ethnic Rohingya Human Right Organization menjadi bahan spekulasi netizen. Ramai melenting lepas baca surat itu dan menyifatkan etnik Rohingya sebagai lebih sudu dari kuah.

Jangan Sembarangan Hentam Rohingya, Tak Semuanya Jahat

“Surat yang viral itu ditulis pada bulan Januari kepada Menteri Sumber Manusia di bawah kerajaan terdahulu. Mereka meminta kerajaan mengesahkan status perlarian yang memiliki kad perlarian UNCHR agar boleh bekerja seperti dinyatakan dalam manifesto mereka. Bukannya menuntut hak sama rata atau kewarganegaraan seperti yang disangka ramai orang,” terang Hanif.

Sebahagian daripada komuniti

“Bagi etnik Rohingya yang berada di Malaysia, mereka sudahpun berada dalam komuniti kita. Kalau kita mengendahkan mereka, ia bukanlah langkah bijak apalagi dalam situasi pandemik C0VID19 ini,”

Apa yang merisaukan ialah, sentimen kebencian tak berasas kepada satu etnik boleh mengundang keganasan.

“Semua bangsa ada baik dan ada jahat. Sepanjang bersosial secara dekat dengan etnik ini, mereka baik. Memang ada yang menimbulkan masalah. Namun tak adil kita menghukum keseluruhan kelompok etnik ini,” katanya.

Kita boleh bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk tidak membuka pintu perairan selama tempoh pandemik ini. Namun tiada kompromi untuk mempromosikan kebencian terhadap kaum ini. Come on Malaysia, we are better than this!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares