Connect with us

#pop

Jangan Terlalu Melihat ‘Derhaka’ Isteri, Hingga Lupa ‘Derhaka’ Sendiri. Teguran Buat Encik Suami

Sudah menjadi kebiasaan mendengar kisah tentang si isteri wajib mengikut arahan dan perintah suami serta realisasikan kehendak suami. Kerana perkara sedemikian, si isteri pun patuh akan perintah walaupun terpaksa kerana takut berdosa melanggar arahan si suami.

Tetapi, berapa ramai si suami yang memahami, atau paling tidak mencuba untuk memahami si isteri? Dari segi kata-kata, arahan yang boleh diterima isteri tanpa keadaan terpaksa.

Berapa ramai? Cubalah faham keadaan si isteri. Jangan disebabkan hal sebegitu, kita terus melabel isteri ‘d3rhaka’ sampai kita sendiri lupa akan ‘d3rhaka’ kita sendiri.

Menerusi perkongsian dari Mizan Dzai, mari kita cuba hadam apa yang hendak disampaikan olehnya.

Istilah Suami D3rhaka

Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya d3rhaka pada suami tapi bagaimana kalau suami menyakiti hati isteri. Berdosalah juga cuma tidak ada istilah suami d3rhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai oleh Malaikat sebagai d3rhaka pada Allah SWT.

Kerana isteri, rezeki kau bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kau.
Kerana isteri, makan pakai kau dijaga.
Kerana isteri, tenang hati kau.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata kau.

Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat c4cat c3la kau yang tersembunyi dari pandangan mata kau dan masih menerima kau seadanya.

Janganlah s4kiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil di mata kau tapi besar untuk dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kau wahai yang bergelar suami. Mengapa Wanita sering menangis? JawabNya:

Kerana Wanita itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang istimewa.

Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhi4nati oleh teman, walau dis4kiti oleh orang yang disayangi.

Wanita makhluk yang tabah dan kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana aku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Wanita itu tersangatlah istimewa.

Kirimkan pada Wanita yang kau sayangi. Kirimkan juga pada lelaki agar mereka lebih menghargai Wanita. Dan agar kau tahu bahawa Wanita itu adalah ciptaan Allah yang istimewa.

Oleh itu, bermula detik ini, si suami cuba gerakkan hati untuk mengambil berat, keadaan mental dan fizikal si isteri. Tidak ada salahnya mengetahui perkara sebegitu.

Janganlah kita terlalu memaksa dan mengikut kehendak kita sahaja. Si isteri itu bukanlah objek yang tiada akal dan perasaan. Kalau si suami tidak menerap sifat memahami dalam diri, jadi apa motif kita menghalalkan si isteri, kan? Jadi renung-renungkanlah.

Sumber: islamituindah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya