“Tiada Istilah Dua Darjat” -Semua Alasan Merentas Negeri Yang Diberi Hafiz Mahamad Tidak Diterima Pihak Polis Selagi Ia Bukan Kecemasan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan pasti ramai yang kecewa apabila larangan rentas negeri masih lagi berjalan.

Bagaimanapun, itu adalah langkah terbaik bagi mengawal penularan virus c0v1d-19.

Pada 2 Mei 2021, usahawan Hafiz Mahamad telah memuat naik satu video melalui Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Berdasarkan caption:-

“Mood Raya Corona”

Alasan “Rentas Negeri” no berapa paling sak!t hati dalam video ni?

Tahun ni confirm banyak alasan pelik pelik orang nak “rentas negeri” balik raya

Macamana la kita semua tahun ni ya, semua rindu nak balik kampung kan? Bukan kita je, Frontliner pun semua rindu kampung. Sabar tau sahabat semua!

Video tersebut menunjukkan alasan-alasan yang diberikan Hafiz untuk merentas negeri.

Namun semuanya tidak boleh diterima sebagai alasan kukuh berdasarkan perkongsian tersebut.

Terdapat satu alasan yang dikemukakan Hafiz iaitu ‘RINDU MAK AYAH’.

Namun balasan daripada pihak frontliners juga agak menyedihkan apabila mereka membalas ‘KAMI PUN RINDU MAK AYAH JUGAK’.

Benarlah, semua orang pun rindu untuk bertemu ibu bapa termasuklah para petugas barisan hadapan.

Oleh itu, patuhlah segala garis panduan untuk mengelak jangkitan c0v1d-19.

Sementara itu, perkongsian Hafiz mendapat perhatian ramai.

Semoga c0v1d-19 akan cepat pergi daripada kehidupan kita.

Polis panggil Neelofa, suami isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3

Selebriti sensasi, Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa ‘merentas negeri’ ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Pada Ahad, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Tindakan bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi pada kalangan warganet dengan tindakan beraninya ‘merentas negeri’ pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Meskipun baru sahaja didenda sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu, namun itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada selebriti terkenal negara.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitandan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pada 3 Mei lalu, pihaknya telah menjalankan siasatan berkaitan gambar dan video Noor Neelofa Mohd Noor serta suami di laman sosial, ketika berada di sebuah premis perniagaan Nilai 3.

Katanya, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat ini.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber : HotFM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …