Connect with us

#news

Jarak 5 KM Caj Hantar Barang Sampai RM17, Sharnaaz Ahmad Minta Penjelasan Macam Mana Kira

Jarak 5 KM Caj Hantar Barang Sampai RM17

Pelakon Sharnaaz Ahmad terkejut apabila terpaksa membayar kos penghantaran RM17 dari Taman Tun Dr Ismail ke Mont Kiara yang jarak hanya 5 kilometer

Sharnaaz 35, berkata dia tiada niat untuk pertikaikan perkara itu dan sekadar ingin penjelasan tentang pengiraan.

Antara komen netizen yang bersetuju dengan pandangan Sharnaaz.

Jarak 5 KM Caj Hantar Barang Sampai RM17, Sharnaaz Ahmad Minta Penjelasan Macam Mana Kira

“Aku tak tahu benda ini sudah ada sebelum ini atau baru sekarang. Anda perasan tak, price delivery agak gila.

Beli barang RM5 tapi kos penghantaran RM20. Perjalanan bukan jauh pun. Bukan Mont Kiara ke Kajang.

“Kalau dari TTDI hantar ke Mont Kiara RM20, naik motor, apa benda? Macam yang terjadi pada aku. Dia dari TTDI nak hantar barang dekat aku di Mont Kiara tapi harga penghantaran RM17.

Jarak tak sampai 5 kilometer.
“Dia nak juga harga itu, kami tiada pilihan. Kalau ada pilihan, aku dah naik motor pergi sendiri.

Aku bukan marah, hanya ingin bertanya siapa yang menjaga dan kawal dari segi harga itu. Bukan nak kcam rider, aku sayang mereka.

Aku bukan marah, hanya ingin bertanya siapa yang menjaga dan kawal harga.

“Mereka sudah jalankan kerja yang terbaik sebab jadi frontliner. Cuma, tak tahu pengurusan macam mana yang buat sesuatu benda dah jadi tekanan kepada rakyat,” kata Sharnaaz.

Pelakon drama Aku Bukan Bidadari itu berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Rata-rata netizen yang komen di video itu bersetuju dengan pandangan Sharnaaz dan ada juga yang berkongsi pengalamannya yang hanya mengambil upah penghantaran RM8 biarpun jarak lokasi jauh.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu tujuan dia menyuarakan perkara itu hanya untuk mendapatkan penjelasan daripada mana-mana pihak yang sepatutnya.

Sharnaaz hanya ingin menyuarakan perkara itu bagi mendapatkan penjelasan.

Jarak 5 KM Caj Hantar Barang Sampai RM17, Sharnaaz Ahmad Minta Penjelasan Macam Mana Kira

“Aku bukan saja nak buat video ini dan tak tahu betul atau akan kena kcam semula.

Tapi aku cakap bagi pihak aku sendiri dan tak ada kena mengena dengan sesiapa. Kalau benda ini salah, aku minta maaf.

“Bagi aku, memang tak berapa cantik la. Harga macam mana kira? Terlampau mahal.

Medium yang kami gunakan sedang dicemari dan disalah guna kuasa. Kalau saya silap, kita boleh bincang.

“Aku hanya ingin menyuarakan untuk mendapatkan penjelasan. Mungkin aku tak dijelaskan selama ini. Kalau aku bodoh, aku minta maaf.

Aku boleh mengaku diri bodoh. Kalau aku tak diajar mengenai perkara ini, korang boleh tolong ajarkan,” ujarnya.

Continue Reading

Trending