
KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan calon Timbalan Perdana Menteri akan diisi sama ada oleh wakil Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Parti Sarawak (GPS).
RAKAMAN VIDEO ADA DI AKHIR ARTIKEL INI
Beliau berkata, jawatan itu akan diisi dari komponen kuat yang lain.
Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu belum dibincangkan dan akan dimaklumkan nanti.
“Saya beritahu bila saya dah tahu,” katanya semasa sidang media di sini semalam.
Sementara itu, ketika ditanya adakah `kluster mahkamah’ akan diberikan jawatan dalam Kabinet, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut.
“Pendirian PH jelas, tetapi oleh kerana ini adalah kerajaan perpaduan maka, kita akan berbincang dengan yang lain.
“Bagi ruang untuk kita berbincang,” katanya.
Kemungkinan Dua TPM akan diwujudkan bawah Kabinet baharu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan bawah Kabinetnya dalam kalangan wakil komponen kerajaan perpaduan.
Beliau berkata, ia akan diisi oleh wakil masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri dari komponen kuat yang lain, iaitu Barisan Nasional.
“Kepada Sabah dan Sarawak, yang terkuat antara Sabah dan Sarawak adalah GPS,” katanya pada sidang media di sini, malam semalam.
Dalam perkembangan sama, Anwar memberitahu sidang Parlimen akan diadakan pada 19 Disember depan.
KOSMO! ONLINE
Leave a Reply