Connect with us

#celeb

Jenazah Sandra selamat dikebumikan, tak sangka cuaca pun turut menangisi

Aura kesedihan menyelubungi pengebumian anak seni tanah air yang merupakan bintang rancangan Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuriam, 26, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada petang hari ini.

Jenazah Sandra sebelum dikebumikan, telah dibawa dari Hospital Putrajaya pada 10:45 pagi dan tiga jam selepas telah tiba di Kota Kinabalu.

Sebaik sahaja ibunya, Nor Syakinah tiba dari Kuala Lumpur, van yang membawa jenazah Sandra tiba pada 3:15 petang di rumahnya. Jenazah Sandra disambut oleh penduduk dan disolatkan.

Mohd Said Mohd Sator, 55, datuk saudara arwah mengatakan jenazah selamat dikebumikan pada jam 5:45pm walaupun cuaca hujan renyai.

“Alhamdulillah, walaupun hujan renyai tidak berhenti, urusan pengebumian berjalan lancar dengan bantuan penduduk. Pemergian Sandra amat dirasai namun seluruh keluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Dikatakan, Sandra telah mengalami kemalangan jalanraya pada Sabtu lalu dan dilaporkan koma. Arwah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya sebelum kembali ke Rahmatullah awal pagi ini.

Dahulu, Sandra yang merupakan penyanyi lagu Hits berjudul Hey Kau, terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu dalam perjalanan ke pusat latihan penuh Big Stage bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Astro bermurah hati tanggung kos penghantaran jenazah arwah

Keseluruhan kos untuk menghantar jenazah peserta Big Stage musim ketiga itu ke Tuaran, Sabah, ditanggung sepenuhnya oleh syarikat televisyen Astro.

Emarina Mohd Kamal selaku Pengurus Saluran Astro Ria mengatakan bahawa itu adalah usahanya sedikit sebanyak untuk meringankan beban pihak keluarga Arwah. Emarina menambah, pihak Astro juga bakal mengadakan majlis Tahlil untuk Arwah dalam masa terdekat.

“Pihak Astro khususnya seluruh warga produksi Big Stage 2020 masih terkejut dan cukup terkesan dengan khabar duka mengenai pemergian Allahyarham Sandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi Jumaat.

“Kami akan membiayai kos penghantaran pulang jenazah ke Sabah dan menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga.

“Kami juga turut mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis tahlil buat arwah dalam masa yang terdekat,” ujarnya kepada mStar.

Sandra, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1 pagi, Jumaat, selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya selama enam hari. Pada jam 3 petang hari ini, jenazah Sandra diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke kampung halamannya di Tuaran, Sabah.

Sementara itu, Emarina mengatakan tiada Konsert Big Stage 2020 pada Ahad ini seperti dijadualkan bagi tanda penghormatan buat kali terakhir. Namun, konsert tribute istimewa bakal diadakan berjudul #SandraDalamKenangan.

“Pemergian arwah adalah sebuah kehilangan besar buat kami. Oleh itu sebagai tanda penghormatan kami mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Konsert Big Stage 2020 pada Ahad ini.

“Namun sebuah konsert tribute bagi mengenang arwah dan penglibatannya dalam industri seni tanah air terutamanya sepanjang Big Stage 2020 berlangsung,” ujarnya.

Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber Hmetro dan mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya