Cari Rezeki Ketika PKP, Abang Foodpanda Baca Al Quran Awal Pagi Dalam Masjid Sebelum Kerja

Mencari rezeki merupakan salah satu tuntutan ibadah yang harus dilakukan. Setiap insan yang sudah matang dan berkepentingan dalam mencari sumber pendapatan sudah tentu bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki.

Selain daripada barisan petugas kesihatan dan anggota pertahanan yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pekerja penghantar makanan turut sama berjuang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Namun begitu, dalam kegigihan mencari sesuap nasi, amal ibadah kepada Maha Pencipta janganlah dilupakan kerana Dialah yang memberikan rezeki kepada semua hambanya.

Tekun baca al-Quran

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook sebuah restoran nasi ayam terkenal, mereka telah memuat naik satu foto memaparkan seorang penghantar makanan dari syarikat Foodpanda sedang membaca al-Quran di dalam sebuah masjid.

Menerusi sumber lagi, lelaki tersebut dilihat khusyuk membaca al-Quran seorang diri diawal pagi iaitu kira-kira jam 8.30 pagi di sebuah masjid sekitar Selangor.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan pelbagai maklum balas positif. Mereka juga mendoakan agar urusan penghantar makanan itu dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang perkara tidak baik ketika mencari rezeki diwaktu PKP ini.

Sehubungan dengan itu, dapat kita pelajari disini bahawa, segigih mana kita bekerja, tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Penciptanya hendaklah dilunaskan. Hal ini kerana amal ibadah adalah bekalan kita di alam akhirat kelak.

Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.

Jiwa orang yang sering berdamping dengan al-Quran juga akan sentiasa tenang dan lapang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah arRa’d, ayat 28)

Sumber: Chicken Royale

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.