Connect with us

#news

Jumlah baru positif c0vid-19 Menurun Hari Ini, Jumlah Sembuh “Meningkat”

Jumlah baru positif CoV-19 Menurun Hari Ini, Jumlah Sembuh “Meningkat”

Dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham mengatakan pda hari ini sebanyak 150 lagi kes positif c0vid-19 dilaporkan. Jumlah ini menurun daripada 217 kes dilaporkan pda hari semalam.

138 Petugas KKM disahkan positif c0vid-19, Ini penjelasan KP Kesihatan

Pertambahan 150 kes ini membuatkan jumlah keseluruhan kes positif c0vid-19 adalah sebanyak 3,483 kes setakat pda hari ini Sabtu (4 April 2020). Daripada jumlah tersebut seramai 99 orang pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ia juga turun daripada 108 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi pda hari semalam dengan 54 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala jumlah sembuh juga meningkat pda hari ini dengan 88 orang sembuh pda hari ini.

Berbanding pda 3 april 2020 hanya 60 orang sahaja yang sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 915 kes.

Saringan dibuat

Dalam sidang media tersebut, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa petugas kesihatan telah membuat saringan kepada 49,570 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 3,473 telah disahkan positif c0vid-19 manakala 37,440 disahkan negatif.

Bukan Rotan Kuat Pun, Tidak Macam Rotan Dalam Penjara – Komen Win Tan Sri Musa Hassan

Seramai 8647 orang pula masih lagi menunggu keputusan daripada pihak kesihatan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, Malaysia dijangka akan mengalami peningkatan positif c0vid-19 pda pertengahan bulan april. Perkara ini dijangkakan oleh Kesihatan Sedunia (WHO) melalui data yang telah mereka kumpulankan. Semoga c0vid-19 akan berakhir secepat mungkin.

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya