Hanya Demam Dan Batuk Biasa, Seakan Tidak Percaya, Suami ‘Pergi’ Sekelip Mata

“Arwah tidak bergejala teruk tetapi dalam sekelip mata saja dia pergi meninggalkan saya dan dua anak kami,” kata Nurhaffizzah Jamal, 34, yang kehilangan suami akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19 pada 8 Ogos lalu.

Seorang ibu muda di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling, dekat sini, reda terpaksa membesarkan dua anak bersendirian tanpa suami tercinta.

Demam dan batuk yang pada mulanya dianggap gejala biasa wabak berkenaan, tiba-tiba berubah menjadi penyakit amat berbahaya yang menyebabkan kematian Norizuwan Omar, 34.

Nurhaffizzah berkata, suaminya, Norizuwan Omar, 34, hanya demam dan batuk yang tidak teruk pada 3 Ogos lalu sebelum menjalani ujian calitan di klinik swasta pada keesokannya dan disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

“Arwah sekali lagi menjalani ujian yang sama atas arahan pihak pengurusan kilang tempat dia bekerja di Alor Gajah pada 6 Ogos. Selepas disahkan positif, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan arwah menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Arwah berkurung dalam bilik manakala saya dan dua anak, Aleesya Qaisarah, 6, dan Adriana Darsya, 10, masih belum dipakaikan gelang merah jambu,” katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling dekat sini, hari ini.

Nurhaffizzah yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital swasta berkata, pada malam 8 Ogos lalu, arwah mengadu sakit dada tetapi tidak mahu ke hospital kerana menganggap akan segera lega.

Bagaimanapun, menjelang Subuh, keadaan arwah semakin serius apabila mengalami sesak nafas dan sawan sebelum Nurhaffizzah menghubungi ambulans serta mencuba memberikan pertolongan cemas kepada arwah.

Katanya, Pembantu Perubatan dan jururawat dari Hospital Melaka yang tiba kira-kira jam 6.45 pagi mencuba pelbagai bantuan kecemasan, tetapi Norizuan tetap tidak memberikan tindak balas positif.

“Arwah dibawa ke Hospital Melaka dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba. Saya seakan-akan tidak percayai apa yang berlaku ketika itu,” katanya.

Dia berkata, arwah pernah berjanji akan membawa mereka bersiar-siar di beberapa lokasi menarik di negeri ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19 semakin reda, namun tidak akan menjadi kenyataan.

“Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan kerana Allah lebih menyayangi arwah dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Darat pada jam 11 pagi kelmarin,” katanya.

Norhafizah dan dua anaknya mula dipakaikan gelang merah jambu semalam dan menjalani kuarantin kendiri hingga 28 Ogos ini.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.