Baru Tahu..Ternyata Ada Tempat Letak Pewangi Yang Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum

Sebaik sahaja anda masuk ke dalam kereta, on penghawa dingin, bau wangian yang menusuk pasti dapat memberi anda tenaga dan kekal segar ketika pemanduan dalam perjalanan menuju ke destinasi. Ataupun apabila kusut dengan masalah, wangian tentu dapat bertindak sebagai terapi minda.

Perasan tak ramai orang meletakkan pewangi kereta di atas dashboard(papan pemuka) kereta. Sebenarnya ada tempat yang tepat, betul dan strategik untuk meletakkan pewangi kereta ini.

Melalui video yang dimuat naik ke akaun Tiktok oleh @stdetailingjb, mereka telah berkongsi petua mengenai tempat yang sepatutnya meletakkan pewangi kereta ini.

Tempat sebenar untuk meletakkan pewangi kereta adalah di tempat bawah kaki sebelah penumpang hadapan yang berhampiran dengan penghawa dingin kereta.Hal ini telah dibuktikan @stdetailingjb bahawa sebenarnya udara diserap dari bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui penghawa dingin kenderaan anda.

Untuk membuktikannya, anda boleh menonton video di bawah di mana udara akan disedut masuk dari bahagian tersebut dan keluar melalui ruang ‘aircond’ kereta. Dah boleh ubah kedudukan pewangi kereta tu ya!

Adakah pewangi kereta bahaya untuk kesihatan?

Ada sebilangan pewangi kereta yang selamat dan ada yang membahayakan kesihatan. Sekiranya ada mengandungi bahan kimia, wangian berkenaan bukan sahaja membahayakan anda tetapi juga anak kecil.

Jangan lupa untuk menyemak bahan kandungannya terlebih dahulu. Ingin tahu pewangi kereta mana yang sesuai untuk anda? Mari ikuti senarai di bawah:

1. CARALL Regalia Enrich 1386 Velvet Musk Car Air Freshener (65ml)
Dibuat dari Jepun. Sekiranya anda adalah jenis yang suka kereta anda berbau wangi 24 jam dan tahan lama, pewangi ini adalah jawapan terbaik kerana teksturnya seperti gel dan bukan cecair.

Aromanya yang sangat lembut dan menenangkan dapat membuatkan membuat anda terasa tenang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau melakukan aktiviti harian. Sangat berbaloi dengan harga dan kualiti. Tidak rugi untuk mencubanya!

2. VANZO Car Perfume Air Freshener (Platinum Mask)
Pewangi kereta selamat untuk kesihatan bayi dan anda
Dikemas kini pada 12 Ogos 2020

Diimport 100% dari Jepun, wangian ini termasuk dalam Top 5 Perfume yang dipilih oleh pengguna Jepun. Syarikat pengilang wangian kereta ini di Malaysia adalah satu-satunya yang mendapat produk pengiktirafan dan kelulusan produk MSDS.

Produk berbentuk gel ini tidak akan cair jika anda meletakkan kereta dalam keadaan panas dan bertindak sebagai agen penghilang segala bauan. Bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi, bebas dari paraben dan alkohol, dijamin tidak membahayakan kesihatan.

3. DEXANDRA Air Freshener
Teksturnya yang datang dalam bentuk cecair memiliki pelbagai jenis aroma dari ekstrak bunga, buah-buahan dan kopi. Baunya dapat meningkat dan merangsang sistem otak agar berfungsi dengan lancar. Harganya juga paling murah di pasaran berbanding jenama lain.

4. FLEUR Car Freshener
Produk keluaran anak tempatan yang menjadi pilihan pengguna kerana bebas methanol. 100% ekstrak patinya pula diimport khas dari Perancis dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Wangian kereta ini boleh bertahan sehingga 45 hari dan bukan hanya untuk kereta tetapi juga untuk ruang peribadi lain seperti bilik tidur.

5. GLADE Sensation Car Air Freshener – Morning Freshness
Diekstrak dari bunga bakung, mawar dan melati, produk ini sangat sesuai untuk anda yang menyukai aroma dari bunga mekar.

Wangian ini boleh bertahan sehingga 30 hari jika anda menutup klipnya ketika tidak menggunakan kereta. Ia juga dapat menghilangkan bau masam dan lembap serta mengembalikan kesegaran ruang kereta anda. Mulakan pagi anda dengan ceria.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.