[VIDEO] Baru Keluar Dari Penjara, Lelaki Terduduk Menangis Di Kuburan Bila Dapat Tahu Ibunya Telah Meninggal Dunia

Tidak dapat dibayangkan betapa sedihnya perasaan seorang anak apabila mendapat berita bahawa ibu tersayang telah pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan dan meruntun hati apabila berita pemergian ibunya hanya diketahui setelah dia dibebaskan dari penjara.

Kisah sedih itu dikongsi menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok, Hera Elestra. Berdasarkan video pendek itu, lelaki tersebut dilihat berada di kawasan perkuburan untuk menziarahi pusara arwah ibunya. Menurut Hera, adik lelakinya itu baru sahaja dibebaskan setelah menjalani hukuman 6 bulan penjara. Malah, sepanjang tempoh di tahanan, dia sama sekali tidak mengetahui langsung mengenai pemergian ibu tersayang.

Anak tak tahu ibu meninggal dunia

a

Selepas 6bulan di tahanan. Hari ini dia bebas terus bawa jumpa mak.

Lelaki itu terus terduduk setelah mengatahui bahawa kubur di hadapannya adalah milik ibu tersayang. Apa yang membuatkan penonton sebak menangis apabila melihat lelaki berkenaan memeluk batu nisan dengan sepenuh hati sambil menangis merindui ibunya.

Video 1:

@heraalex86##selepas 6bulan dpenjara, harini dia bebas trus bawa jumpa mak 😭😭♬ Ya Allah – Wali


Video 2:

@heraalex86##rindu yg paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭♬ Bila Tiba – UNGU

Video 3:

@heraalex86##kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik😢 maafkan kami xbgtau adik masa dalam penjara🙏 lagi2 pkp,keadaan xmenginzan…😢♬ Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi – TIC.IHSAN YR ♏usicall𝜓

Selepas jumpa mak, bawa dia jumpa kakak pula yang baru je pergi 10 hari, mak pula 100 hari.

Kita kena redha adik. Kakak dah maafkan adik. Maafkan kami tak beritahu adik masa dalam penjara. Lagi-lagi PKP, keadaan tidak mengizinkan.

Meskipun begitu, mereka sekeluarga kini redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Di ruangan komen, kebanyakan netizen mendoakan agar keluarga ini diberi kekuatan dan ketabahan bagi menempuhi hari-hari yang mendatang.

Komen Netizen:

a

a

Sumber: Hera Elestra

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.