Hanya Berselipar Panjat Bumbung, Pemuda Tukar Bumbung Maut Tergelincir

Segamat: Pekerja am maut terjatuh dari ketinggian 12.5 meter ketika melakukan kerja menukar bumbung sebuah sekolah di Labis, di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Husdin Che Amat berkata, siasatan awal mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 32 tahun itu bersama dua rakan ditugaskan melakukan kerja menukar bumbung berkenaan kira-kira jam 3.50 petang.

Katanya, mangsa yang berada di ruang atas siling ditugaskan untuk membantu menghulurkan barang kepada rakan sekerjanya yang berada di atas bumbung.

“Talian nilon berdiameter 10 milimeter yang diikat pada kekuda bumbung disediakan untuk penyambungan ke abah-abah (safety harness).

“Malangnya, mangsa didapati tidak memakai abah-abah dan hanya memakai selipar ketika bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa turut dipercayai naik ke bumbung dan tergelincir akibat hujan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.20 petang di Hospital Daerah Segamat (HDS).

Sehubungan itu katanya, JKKP Johor mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu dan mengeluarkan Notis Larangan kepada majikan atas kegagalan menyediakan sistem kerja selamat di tempat tinggi khususnya bagi kerja-kerja penukaran bumbung serta kegagalan untuk memastikan tempat kerja tersebut dalam keadaan selamat.

“Majikan juga diarahkan untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi kerja-kerja penukaran bumbung termasuk mengadakan prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan,” katanya.

Husdin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati wujud pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Husdin berkata, risiko ini sebenarnya boleh dikurangkan jika majikan menggunakan instrumen yang sistematik yang terdiri daripada tiga proses utama, iaitu pengenalpastian ‘hazard’, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

Selain itu, majikan boleh merujuk kepada Garis Panduan Pencegahan Jatuh di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh JKKP pada 2007.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.