“KaIau awak anggap musuhh, biar seorang jangan ajak kawan..”- Ajak Shiro ‘s0und’ Shahrol gara2 isu Fizi AIi

Kenyataan daripada Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang berasa terkilan dengan tindakan Fizi Ali berhijrah ke stesen lain pada  saat akhir telah menarik perhatian ramai.

Menurut DJ Lin, apa yang dilakukan oleh Fizi telah menyebabkan Suria FM kerugian RM50,000 kerana perlu merombak beberapa kerja berkaitan Jelajah 90 Suria.

Namun begitu, Fizi telah memohon maaf dan mengakui silap dengan apa yang berlaku sehingga membuatkan Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Berita Harian 2021 berasa terkilan.

Shahrol terkilan stesen radio keluar kenyataan negatif

“KaIau awak anggap musuhh, biar seorang jangan ajak kawan..”- Ajak Shiro ‘s0und’ Shahrol gara2 isu Fizi AIi

Akan tetapi, menerusi perkongsian pelawak dan juga bekas penyampai radio Suria FM, Shahrol Shiro, dia merasakan tindakan stesen radio berkenaan sebagai tidak profesional kerana mengeluarkan kenyataan bersifat negatif kepada bekas penyampai di stesen radio tersebut.

Menurut ahli kumpulan Shiro, kenyataan seperti itu seakan memburukkan bekas penyampai dan dia antara yang pernah terkait dalam isu tersebut.

Dia juga mengatakan tindakan Fizi itu satu keputusan yang bijak kerana tempat barunya menduduki ranking yang lebih baik melihat dari jumlah pendengar.

Akan tetapi, perkongsian yang dibuat Shahrol itu telah mengundang pelbagai komen daripada bermacam pihak. Salah satunya adalah dari Ajak Shiro yang juga rakan satu kumpulannya dan penyampai di Suria FM.

Ajak persoalkan kenyataan Shahrol

Dalam komen yang dibuat, Ajak telah mempersoalkan mengapa sahabatnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Dia juga meminta supaya Shahrol membuat sesuatu yang lebih berkualiti, menyatupadukan dan bukan bertindak melaga-lagakan mana-mana pihak.

Nampaknya, Shahrol juga membalas komen dari Ajak dengan menafikan dia mahukan ‘sportlight’ kerana bersuara hanya  mahukan diri mereka tidak ditindas sama sepertinya dahulu.

“KaIau awak anggap musuhh, biar seorang jangan ajak kawan..”- Ajak Shiro ‘s0und’ Shahrol gara2 isu Fizi AIi

Ingatkan kembali ‘pengalaman’ dulu

Tambahnya, tindakan dia berundur dari stesen radio berkenaan sedikit sebanyak memeri ‘rezeki’ buat sahabatnya itu kerana menggantikan posisi tersebut.

Shahrol juga memaklumkan yang andai kata Ajak ditindas, dia juga akan sama-sama bangkit bersuara demi mempertahankan sahabatnya.

Tindakan mereka yang sedikit berbalah di ruangan komen telah membuatkan netizen mulai bertanya-tanya adakah mereka berdua sudah tidak akrab seperti dahulu.

Peminat berdoa supaya apa yang terjadi tidak merenggangkan hubungan mereka yang diketahui merupakan peneraju kepada kumpulan Shiro yang sudah dibina bertahun-tahun.

Antara komen netizen:

“KaIau awak anggap musuhh, biar seorang jangan ajak kawan..”- Ajak Shiro ‘s0und’ Shahrol gara2 isu Fizi AIi

Suria FM tak profesional – Shahrol Shiro

“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula,” kata pelawak Shahrol Shiro yang mendakwa stesen radio Suria FM tidak bersikap profesional apabila penyampainya memilih untuk berhenti atau tidak disambung kontrak.

Shahrol yang juga bekas penyampai Suria FM berkata, kenyataan memburukkan bekas penyampai membawa impak besar termasuk dirinya yang pernah terpalit dengan isu bersama stesen radio itu sebelum ini.

“Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.

“Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai itu.

Johan meninggalkan Era FM, tetapi stesen radio terbabit tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur negatif dan kita semua di luar ini tidak tahu pun punca beliau keluar. Ini contoh sikap profesional yang patut dicontohi.

“KaIau awak anggap musuhh, biar seorang jangan ajak kawan..”- Ajak Shiro ‘s0und’ Shahrol gara2 isu Fizi AIi

“Kenyataan memburukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar. Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yang mengatakan masalah disiplin saya padahal saya sudah menerangkan kejadian sebenar,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya, hari ini.

Menurut Shahrol, dia berharap Suria FM akan lebih bersikap profesional dan belajar menghargai mana-mana penyampai yang pernah berjasa dengan syarikat terbabit.

“Pada Suria FM, tolong profesional dan belajar menghargai mereka yang pernah berjasa di syarikat kamu.

“Pada sahabat saya Fizi Ali bersabarlah dengan dugaan dan membuat keputusan yang tepat pergi ke stesen Hot FM yang menduduki kedudukan lebih atas dari stesen radio lama kamu,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin meluahkan rasa kecewa apabila stesen radio itu terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 selepas bekas penyampainya, Fizi Ali mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu pada saat akhir.

DJ Lin berkata, Fizi sepatutnya memaklumkan perkara itu lebih awal supaya segala persiapan menuju program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang bakal diadakan di empat lokasi bermula 6 Ogos ini tidak berlaku pembaziran wang ringgit serta menyusahkan masa orang lain.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Check Also

Sangka Ibu S4kit ‘Tertidur’, Anak KeciI TerIena Disisi Jasad Ibu Yang TeIah Tiada

Dugaan setiap insan itu pelbagai. Ada yang sudah diuji sedari kecil lagi sehingga mereka membesar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.