Kak KM Sound ‘Baru Berceraii Tak Ada Job La Tu Nak Belaa Anak’, Lufya Balas; “Kerasnya Hatii, Moga Allah Tegur…”

Usahawan dan juga merepukan anak dramatis popular Normah Damanhuri, Liana Rosli tampil untuk membidas semula kenyataan yang dibuat oleh penyanyi dan pelakon Lufya terhadapnya di laman Instagram.

Kata Liana atau lebih popular dikenali sebagai Kak KM, beliau memahami situasi Lufya menegurnya sebelum ini, dengan harapan dapat menumpang kisahnya yang kini sedang tular.

“Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham… aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercerai, kita faham tak ada job.

“Tapi tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku untuk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye.

“Aku tak kisah, tapi umpamanya aku ni jahat sangat…,” katanya ketika siaran langsung Instagram pada Jumaat.

Sementara itu, menjawab tuduhan Kak KM, Lufya mengatakan bahawa sikap keras hati usahawan tersebut diharapkan mendapat teguran dan peringatan daripada Allah kelak.

“Bila orang alim, pendakwah tegur cakap mereka ni nak glamor tumpang populariti. Bila selebriti beri pandangan dikatakan baru bercerai mungkin takde duit nak bela anak.

“Subhanallah kerasnya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah!

“Yakinlah rezeki halal tanpa memperdagangkan tubuh dan maruah adalah lebih baraqah. Jangan keterlaluan demi mengejar kekayaan yang terlalu sedikit di dunia ini.

“Moga Allah ‘TEGUR’ dan menjadi pelajaran buat kita semua umat ISLAM untuk melihat hikmahnya,” katanya bersama tanda pagar #nomoreiklanlucah #kitabenciapayangAllahbenci #pengikutrasulullah.

a

Sebelum ini, Lufya tampil menegur tindakan keterlaluan Kak KM yang sering memuat naik iklan berunsur pornografi di media sosialnya. Lufya mengatakan tindakan sedemikian boleh mempengaruhi pemikiran anak muda.

Selain Lufya, dua pendakwah terkenal PU Syed dan Ustazah Asma’ Harun juga tampil mengkritik secara terbuka tindakan Kak KM.

Sumber : Gempak

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.