Connect with us

#vvip

Kalau ini takdir Allah, biarlah tanpa sentuhan sekalipun, saya redha asalkan masih bersama dengan suami

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Saya cuma ingin doa daripada kalian sahaja. Semoga berkat hari Jumaat ini doa2 kita diangkat Allah SWT. In Shaa Allah.. Aaminn. Saya sudah bernikah hampir 8 bulan. Tapi sepanjang pernikahan saya, suami tak pernah sentuh saya. Saya bekerja dan saya sentiasa jaga penampilan saya, saya suka nampak kemas bila depan suami.

Suami saya tak pernah culas nafkah zahir seperti makan dan tempat tinggal.
Krisis rumahtangga kami dah berlarutan sejak dua bulan pernikahan lagi sebenarnya. Suami bagaikan jauhkan diri daripada saya. Saya sayang suami saya. Sebelum2 ini (ketika awal pernikahan) sebelum dia pergi kerja dia akan cium dahi dan pipi saya. Sekarang tidak lagi. Kalau dulu dia akan peluk saya (walaupun sekejap).

Setiap malam saya akan salam dan minta maaf kat suami sebelum tidur. Tidur pun dah tak nak sekatil dengan saya. Dia akan lari tidur di lantai, dan saya pula di katil. Tapi jika suami dah tidur saya akan curi2 tidur di lantai dan cuba memeluk suami walaupun dia tepis saya tidur ja dengan dia. Saya rindu sangat dengan sentuhan dan pelukan dia. Cuma itulah, tiada sentuhan, pelukan, kalau saya nak peluk dia pun dia akan jauhkan diri daripada saya.

Saya sentiasa memakai wangian yang dia suka, sebab kalau macam basuh baju pun kalau bau sabun yg dia tak suka dia akan bagitau dan saya tak akan pakai bau yg dia tak suka. Saya selalu je pakai s3ksi2 kat rumah dan hari2 saya cuba goda dia, tapi tak jalan. Saya masih masak untuk suami lepas saya balik kerja, cuma kadang termiss sebab penat sangat, suami pun pernah cakap kalau dia balik kerja lewat malam saya tak payah masak, sebab dia dah makan,

Kalau nak masak pun dia minta saya masak untuk diri saya sendiri, tapi kadang dia makan juga ikut mood dia sebab dia jenis tak suka makan.
Suami saya lock password fon dia. Saya pernah tanya kenapa kena ada password sedangkan dah jadi suami isteri. Suami jawab, “sebab privacy, walaupun husband wife tetap kena ada privacy” dia cakap. Saya hormat privacy dia. Tapi mana2 dia pergi memang dia akan bawak dan bersama dengan fon dia.

Tidur pun genggam atau sorok bawah bantal. Masuk toilet pun bawa fon tapi dia pasang lagu masa dalam toilet. Saya ni jadi makin nak tahu apa benda la yg ada dlm fon dia sampai tak nak lepas daripada tangan. Kalau saya nak pinjam pun dia akan tunggu dan tengok saya tekan apa. Baru2 ni suami tertidur dan fon terbuka masa dia tengah buka ig cerita kartun. Kebetulan saya baru balik kerja dan ternampak fon dia depan mata saya terus ambil fon dia dan bawa lari masuk bilik lain.

Saya cek fon dia. Apps omi, michat, grinder dan macam2 apps dating lain semua ada. Saya buka wasap dia. Allahu pedih hati saya bila buka satu2 chat suami wasap dengan lelaki tapi butiran dan chat wasap2 semua ke arah yg tak sepatutnya. Ada video lelaki2 tu dengan dia tengah kiss peluk dalam keadaan tidak berpakaian. Luluh hati saya min. Menggeletar jari2 saya, menangis saya.

Lepas tu dia ketuk pintu bilik. Dia ketuk kuat sangat banyak kali suruh pulangkan fon dia. Saya buka pintu dan saya bagi semula fon dia. Dia marah sangat kat saya. Lepas tu dia tanya saya. “Awak dah tahu kan semua sekarang! So awak nak apa??!” Saya menangis.. saya cakap, “awak yg buat salah kenapa nak marah saya..? Saya minta maaf saya cuma nak awak.

Saya nak suami saya, saya tak nak berpisah, saya sayang awak” Saya cakap camtu. Tapi sumpah min, saya betul2 sayangkan suami saya Lillahitaala. Walaupun saya dah tahu dia macam tu, saya masih sayangkan dia, tak berkurangpun kasih sayang saya kat dia. Makin saya rasa nak tolong dia. Makin besar rasa kasih dan sayang saya kat dia. Saya tanya, “kenapa nikah kalau tahu awak macam tu?“

dia cakap, “Saya ingat saya boleh berubah lepas kahwin, awak ingat saya nak ke jadi macam ni, saya cuba untuk berperang dengan diri saya, saya benci diri saya kenapa saya jadi macam ni..!”
Lepas tu dia ambil wudhuk, saya cuba peluk dia. Dia cakap “aku nak solat ni! Ada aku tak solat kang..!” Saya pun bagi dia waktu untuk solat. Lepas solat dia terus lari keluar rumah tanpa sempat untuk saya halang, dia start enjin kereta terus keluar.

Saya menangis meraung, lepas tu saya terus ambil wudhuk dan solat maghrib terus zikir sampai solat isyak baru tenang setenangnya min. Saya buat solat taubat, solat hajat, solat istikharah mohon petunjuk. Saya baca al-quran untuk tenangkan hati yg remuk. Saya sayang rumahtangga saya min. Dah berbelas tahun saya kenal dan bercinta dengan suami sebelum kami mengambil keputusan untuk bernikah dan saya tak tahu sejak bila dia berubah jadi macam tu.

Saya ingat saya dah cukup kenal dia Sungguh demi Allah saya amat menyayangi suami saya. Sekarang suami minta saya ambil cuti dan pulang ke kampung dan beri dia masa untuk tenangkan diri dia. Dia juga seperti tak nak berpisah, tapi dalam masa yg sama dia takut menzalimi saya jika kami meneruskan pernikahan ini.

Tapi saya redho min. Kalau ini takdir Allah, biarlah tanpa sentuhan sekalipun, saya redho asalkan saya masih bersama dengan suami. Saya faham suami tengah dalam masalah besar seperti ini, saya tak nak rungsingkan fikiran dia. Saya nak bantu dia. Saya nak kami sama2 masuk syuga..

Saya doakan suami berubah ke arah lebih baik dan tinggalkan segala maksiat kemungkaran yang dia lakukan. Mohon semua doakan suami saya juga ya. Doakan saya dan suami dapat meneruskan pernikahan ini dalam keharmonian, rahmat kasih sayang dan keredhaan Allah. Aamiin

Continue Reading

Trending