“Kalau Orang Suka, Sukalah…” – Shiha Zikir Tak Bimbang ‘Off Market’ Bila Berkahwin?

Selebriti versatil, Shiha Zikir tidak memikir ke arah ‘off market’ atau kurang laris dalam dunia hiburan jika mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

Peminat Sekarang Befikiran Terbuka

Penyanyi lagu AEWO itu berpendapat, rata-rata peminat zaman kini lebih berfikiran terbuka dan bersikap relaks dalam memberi sokongan kepada artis kegemaran masing-masing.

“Saya rasa peminat zaman sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu artis kahwin saja akan ada yang kecewa kerana ramai yang fanatik.

“Peminat sekarang lebih relaks dan berfikiran terbuka jadi saya tak fikirkan soal ‘off market’ jika berkahwin nanti kerana pegangan hidup saya, kalau orang suka saya, sukalah, begitu juga sebaliknya.

“Lihat saja sekarang saya belum kahwin pun, saya bukanlah seorang yang popular,” katanya penuh merendah diri ketika ditemubual Murai MY.

Via Instagram – Shiha Zikir

Percaya Pada Aturan Allah SWT

Bercakap tentang kenyataan yang pernah diberi kepada media tempatan sebelum ini mengenai target berkahwin jika menang sesuatu pertandingan, Shiha akui dia mungkin terburu-buru ketika bercakap begitu.

Hal demikian kerana Shiha sentiasa percaya pada masa yang telah diaturkan sebaiknya oleh Allah SWT.

“Sebelum ini, ya saya pernah cakap kalau menang mana-mana pertandingan saya akan kahwin, tapi ketika cakap sebegitu sebelum ini mungkin saya sedang terburu-buru.

“Saya sentiasa percaya pada masa yang telah diaturkan oleh Allah SWT, bukan saja soal kahwin tapi banyak lagi hal lain dalam kehidupan. Kadang-kadang kita sangat mahukan sesuatu tapi Allah belum bagi. Yang penting, apa yang saya lalui dalam hidup, ia memberi tempat untuk saya belajar,” katanya lagi.

Sekadar info, Shiha sudah menjalinkan hubungan cinta bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Arul selama 13 tahun.

Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

The post “Kalau Orang Suka, Sukalah…” – Shiha Zikir Tak Bimbang ‘Off Market’ Bila Berkahwin? appeared first on Johodaily.

Check Also

“Sias4t SemuIa Kematiian BabySyifa, tak masuk akaI terjerut buai.. ”- lsteri TMJ pers0al punca kematiian BabySyifa

“ Kesiannya.. Baby Syifa Terjerut buai dan kesan luka parah dekat kaki seperti diseret.. Semoga …

Leave a Reply

Your email address will not be published.