Connect with us

#pop

“Kami bukan anjïng!” -Frontliner kecewa dengan keangkuhan klustër ‘kayangan’

Oleh kerana C0vid-19 kelihatan semakin menular di Malaysia, beberapa klustër telah dinyatakan oleh KKM berhubung punca penyebaran vïrus pandemïk itu.

Terdahulu, klustër tabligh telah menjadi topik utama, kali ini giliran klustër luar negara pula menjadi buah mulut di media sosial yang penuh dengan emosi. Hal ini terjadi kerana kebanyakkan daripada mereka adalah golongan T20 yang pulang dari luar negara untuk melancong dan sebagainya.

Jemaah tabligh paling senang beri kerjasama

Namun, apa yang dikesalkan adalah sikap segelintir dari mereka ini yang jelas dan nyata berbeza dengan klustër tabligh.

Masalah ini telah dibangkitkan oleh seorang petugas KKM, Sakinah Sulong melalui Facebooknya yang geram apabila ada beberapa petugas kesihatan dihina oleh golongan klustër luar negara ini.

Kami Bukan Anjing

Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.

Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia. Pengarah Jabatan ke, Jemaah tabligh ke, Doktor ke,Pelajar ke..Semuanya sama. Lubang hidungnya sama. Rongga mulutnya sama.

Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

“Kami bukan anjing!” -Frontliner kecewa dengan keangkuhan klustër ‘kayangan’

Kena hadap kerenah golongan ‘kayangan’

Sikap mudah untuk beri kerjasama dan patuh dengan arahan yang ditunjukkan oleh klustër tabligh tempoh hari sangat memudahkan bagi para petugas KKM untuk melakukan saringan.

Perkara ini nyata berbeza dari klustër luar negara apabila sebahagiannya ada yang bertindak kurang ajar dengan memanggil panggilan yang tidak elok pada frontliner.

Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.

Marah-marah.

Panggil staff kami ‘dog’

Panggil staff kami pencacai najis.

Memang sangat kurang ajar!

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.

Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.

Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!

“Kami bukan anjing!” -Frontliner kecewa dengan keangkuhan klustër ‘kayangan’

“Kami bukan anjing!” -Frontliner kecewa dengan keangkuhan klustër ‘kayangan’

Punya sombong, maruah kami dipijak2

Sakinah telah menutup penulisannya di Facebook dengan meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir klustër ‘kayangan’ ini kerana mereka hanya menjalankan tugas.

Mereka juga berasa penat dan lelah demi melihat Malaysia suatu hari nanti bebas dari C0vid-19 namun perkhidmatan mereka seakan dipermainkan apabila maruah mereka diinjak-injak oleh klustër dari ‘kayangan’ ini.

Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.

Buat saringan simptom dan vital sign.

Buat pensampelan.

Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.

Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.

Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!

Memang tak bersyukur!

“Kami bukan anjing!” -Frontliner kecewa dengan keangkuhan klustër ‘kayangan’

Dapat makanan pemberian jemaah tabligh

Sementara itu, Sakinah juga turut memberitahu bahawa ada anggota jemaah tabligh yang telah pulih datang memberikan mereka makanan ketika melakukan ujian saringan.

Dari situ dapat dilihat perbandingan sikap yang jelas antara 2 klustër yang masing-masing dijangkiti vïrus pandemïk tersebut.

Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.

“Kami bukan anjing!” -Frontliner kecewa dengan keangkuhan klustër ‘kayangan’

Sumber Facebook Sakinah Sulong

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya