Connect with us

#pop

“Kami Tidak Menyerah, Kami Menang Atau Kami Mat1” – Maszlee

Published

on

Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Instagramnya menyatakan azamnya untuk tidak menyerah kalah selepas dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berserta gambar yang dimuat naik, Maszlee memetik kata-kata pejuang Libya Omar Mukhtar “Kami tidak menyerah kalah. Kami menang atau kami mat1”.

Kredit foto: IG Maszlee

Selain Maszlee, empat lagi wakil rakyat dipecat dari parti berkenaan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Dalam kenayataan PPBM semalam, pemecatan lima ahli parlimen berkenaan adalah susulan tindakan mereka memilih duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat minggu lalu.

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu – Trending Habis

Mereka kemudian membuat kenyataan balas menentang pemecatan tersebut kerana bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Ketua Bahagian Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli mendakwa surat pemecatan itu hanya daripada satu pihak tanpa surat tunjuk sebab.

Katanya, lima wakil rakyat itu perlu dihadapkan ke lembaga disiplin parti jika didapati bersalah.

“Tatacara pemberhentian keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Pengerusi Bersatu) dan lain-lain sebagai ahli Bersatu tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

“Alasan pemberhentian yang diberikan oleh Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkaitan tindakan Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain yang duduk di blok pembangkang semasa sidang dewan Parlimen sebagai sandaran keahlian terhenti adalah tidak menepati klausa 10.2.2 dan 10.2.3,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Malah, kelima-lima yang dipecat itu dalam satu kenyataan melabel Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai diktator kerana berpolitik ketika pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi. – CARI

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending